Sejak dunia dilanda pandemik wabak Covid-19, pelbagai cara dan juga usaha yang telah dilakukan oleh frontliners serta pihak-pihak yang berkaitan.
Hasil dari usaha yang berterusan, kini hampir kesemua penduduk di negara yang dilanda Covid-19 telah berjaya mendapatkan suntikan vaksinasi untuk mencegah penularan wabak tersebut di negara-negara yang berisiko tinggi.
Menurut New York Post, sebuah syarikat farmaseutikal di Kanada telah berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 yang berasaskan tumbuhan dengan kadar keberkesanan hampir 75%!
Vaksin yang diberi nama vaksin Medicago itu juga dikatakan mampu untuk mengekang penularan Covid-19 dengan kehadiran varian-varian baru ketika ini yang mula membimbangkan orang ramai.
“Hasilnya sangat memberansangkan. Pandemik Covid-19 terus menunjukkan aspek baharu dengan varian Delta menunjukkan dominasi semasa yang akan diikuti oleh varian Omicron dan seterusnya varian lain” – Ketua Pegawai Kesihatan Global GSK, Thomas Breuer
Ujarnya lagi, vaksin itu menggunakan teknologi yang melibatkan zarah serta struktur seperti koronavirus yang dihasilkan dalam sel tumbuhan namun ianya tidak mengandungi bahan genetik yang sama.
Setelah melakukan ujian, sebanyak 71% kadar keberkesanan vaksin itu terhadap semua varian terkini kecuali terhadap Omicron yang belum diketahui ketika ujian dijalankan.
Ketika ini, pihak Medicago masih lagi merancang untuk mendapatkan kelulusan untuk menjadikan vaksin tersebut sebagai vaksin Covid-19 dari pihak berkuasa kesihatan di Kanada.
Baca: Bermula Hari Ini, Pengembara VTL & Gelembung Langkawi WAJIB Buat Ujian Saringan Setiap Hari!