in

“Berani kau dik!”- [VIDEO] Murid ‘Sound’ Cikgu Sebab Hantar WhatsApp Malam-Malam

Featured 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang kan kebanyakan murid sekolah masih lagi belajar dari rumah dan belum ke sekolah. Jadi kerja-kerja sekolah atau nota pembelajaran semua akan diberi melalui group Whatsapp atau Telegram.


Macam-macam kes yang kita dengar sepanjang PKP ini berkaitan dengan proses pembelajaran murid-murid sekolah dari rumah. Terutamanya masalah internet. Memang stress dan susah nak jalani kelas online kalau line internet ada masalah.

Bukan dalam kalangan murid-murid je yang terkesan, cikgu-cikgu pun ada mengalami masalah yang sama! Kadang-kadang, sebabkan masalah ini lah cikgu-cikgu susah untuk buat kelas online di Google Meet atau Zoom. Jadi, mereka terpaksa forward semua nota pembelajaran dan kerja-kerja sekolah di group WhatsApp kelas kebiasaannya.

Tak dinafikan banyak kes murid sekolah mengalami tekanan stress sepanjang menjalani PdPR (Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah), tetapi jangan lupa yang cikgu-cikgu pun stress juga nak fikir cara terbaik untuk pastikan murid-murid faham apa yang diajar.

@masniee

cikgu baru nak ingatkan ja ?#fypシ

♬ bunyi asal – Mas Niee – Mas Niee

Keluar di fyp Tiktok semalam, seorang cikgu berkongsi rakaman suara muridnya ‘berleter’ akibat mendapat mesej daripadanya di group WhatsApp pada malam hari.

“Esok pulak hantaq wasap ni cikgu oii”- Murid

Posting cikgu ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menonton video berkenaan. Ada yang memandang serius terhadap cara murid tersebut membalas mesej cikgunya. Mereka mengatakan bahawa tindakan murid tersebut tak wajar dianggap sebagai bahan gurauan dan seperti tidak menghormati cikgunya.

Ws Cikgu 10

Pun begitu, cikgu itu membalas dengan menyatakan muridnya itu hanya ingin mengusiknya sahaja serta murid-murid biasanya memang ada banyak ragam, barulah meriah kelas itu nanti. Ada juga yang komen menyokong tindakan murid tersebut. Katanya, budak-budak pun stress juga belajar dan cikgu tak patut ganggu murid-murid selepas waktu sekolah.

Ws Cikgu 13

Takpe lah, setiap individu ada pandangan masing-masing. Tapi, kita kena ingat yang kita tak ada dekat tempat diorang. Jadi kita tak rasa stress tu. Apapun good luck kepada cikgu dan adik-adik yang tengah struggle kelas online!

Baca: Budak Di Indonesia Viral Lepas Guna Kotak Styrofoam Rentas Sungai Untuk Ke Sekolah

Ws Cikgu Baca

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.