in

“Bengkak macam apa dah” – Salah Landing Masa Buat Flip Dekat Swimming Pool Dahi Remaja Benjol Besar

Ft Benjol 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila sampainya waktu bercuti, pasti ramai yang ambil kesempatan untuk beriadah bersama teman-teman dan ahli keluarga, tapi jangan pula dilupakan mengenai keselamatan.


Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Twitter @rakyatjelataTV, dilihat sekumpulan remaja lelaki sedang menikmati cuti mereka dengan bermandi-manda di sebuah kolam renang.

Biasalah, kalau dah dapat swimming pool, mesti masing-masing nak tunjuk handal dengan pelbagai aksi lompatan mereka.

Tapi itulah geruh tak berbunyi, malang tak berbau lompatan remaja itu salah landing la pula!

Lebih parah lagi apabila lompatan itu menyebabkan dahi remaja tersebut terhentak.

Hentakan tersebut bagaimanapun telah menyebabkan dahi remaja itu dilihat mengeluarkan benjolan yang besar.

Ahh sudah, dak macam apa dah…

Yang lucunya, rakan-rakan remaja itu dilihat sempat mengambil gambar bersama-sama dan bukannya diusahakan untuk ke hospital.

Perkongsian tersebut mendapat sebanyak 778 ciapan dan 2.2 ribu tanda suka dengan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka.

Min tak tahu lah apa update remaja tu, harap-harap sudah dirawatlah. Korang dekat luar tu, ingatlah kena sentiasa berhati-hati ya…

 

Baca :Saya rela disiasat pihak berkuasa Viral Gambar Rentas Negeri Sambut Birthday, Adun Ketari Mohon Maaf

Capture 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.