in

“Benda boleh telanjang buat apa tutup…” – Gambar Separuh Bogel Alicia Amin di Bulan Ramadan Dikecam Ramai

Alicia Seksinya Kau

Siapa tak kenal dengan model yang sering upload gambar ‘panas’ di Instagram dia tu kan? Bagaimanapun, gambar terbaru dimuat naik Alicia Amin di Instagram semalam mengundang kemarahan netizen.

Menurut mereka, tindakan Alicia muat naik gambar sebegitu pada bulan Ramadan sangat keterlaluan dan tidak menghormati bulan suci ini.

Cekci Angat
sumber: instagram

Gambar tersebut menunjukkan Alicia dalam keadaan bogel dan hanya menutupi bahagian depan badannya dengan tuala. Namun, gambar yang diambil dalam bilik air sebuah bilik hotel di Kota Kinabalu tu hampir menampakkan pinggul Alicia melalui relfleksi di cermin pintu bilik mandi tersebut.

Seperti yang ramai ketahui, bukan kali pertama isu sebegini terjadi kerana Alicia sering muat naik gambar seksinya dan akan menaikkan kemarahan netizen.

Alicia
sumber: instagram

Ramai jugalah yang tidak berpuas hati dan memberi reaksi serta komen di Instagram Alicia. Ada juga yang berharap dia lebih memahami dan menjaga sensitiviti bulan Ramadan sebagai umat Islam.

Tapi selain tu, ramai juga yang komen mengatakan Alicia nampak cantik dan hot dalam gambar tu.

Komen Kecam

Komen Suka
sumber: instagram

Baca: Zul Ariffin Muat Naik Gambar Separuh Bogel Pulak?

Zul