in

“Bella dah pernah jumpa” – Bella Tak Terkejut Tentang Skandal Suami, Anggap Sebagai Bukti Mahkamah

Bella 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh tentang kontroversi pelakon Aliff Aziz dikatakan mempunyai skandal yang bernama Sarah Yasmine.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Sarah Yasmine yang menceritakan kronologi hubungannya dengan Aliff Aziz sebelum pelakon itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada Mac lalu.


Bella 1
Sumber: instagram

Bella Astillah tak terkejut pun?

Menerusi hantaran @officialhlive di Instagram mendedahkan pengakuan Bella Astillah yang sebenarnya sudah tahu mengenai skandal suaminya iaitu Sarah Yasmine. Bella dikatakan tidak terkejut mengenai perkara tersebut dan mengakui pernah berjumpa dengan wanita itu.

Artikel berkaitan: “Terkejutnya saya melihat rancangan NRF” – Wanita Dakwa Skandal Aliff Aziz ‘Spill Tea’ Tentang Ruhainies?

Artikel berkaitan: Isu Kekasih Gelap Cium Pipi, Ibu Dakwa Bella Astillah Masih Tak Tahu Sebab Tengah Sibuk Buat Penggambaran

Bella tak terkejut sebab itulah yang dalam senarai Bella pernah cakap. Cumanya, Bella tak tahu secara detail… terkejut juga. Tapi, sebenarnya Bella rasa inilah kemanisan untuk orang yang bersabar di mana kebenaran datang dengan sendirinya.

Bella yang kini sedang sibuk dengan penggambaran dan menguruskan anak-anak berasa tenang dan dalam proses move on apabila mengetahui tentang kontroversi yang tular itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Anggap sebagai bukti mahkamah

Bagaimanapun, Bella dan Aliff yang sedang menjalani proses perceraian itu menganggap kesemua kontroversi yang tular tersebut dapat menjadi bukti untuk pihak mahkamah.

Rasanya Allah dah permudahkan di mana segala bukti ditambah lagi.. untuk kes mahkamah. Sebenarnya lega besar.

Selain itu, Bella berkata dia dan Sarah Yasmine pernah bertemu dan wanita itu mengaku salah serta meminta maaf kepada Bella Astillah.

Dia yang cari Bella dulu, call, WhatsApp.. dia nak sangat berjumpa dengan Bella. Dia bercakap benar, mengaku kesalahan, meminta maaf. Dia mengaku girlfriend Aliff.

Bella juga mengakui kesemua perkara yang didedahkan oleh Sarah Yasmine terlalu banyak dan bersyukur dia dapat mengukuhkan lagi bukti daripada pihaknya.

Sumber: officialhlive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.