in

Bela Ikan Flower Horn Sejak Kecil Lagi, Lelaki Ini Luah Rasa Sedih Terpaksa Goreng Sebab…

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haiwan peliharaan boleh dianggap seperti keluarga kerana banyak masa yang diluangkan bersama mereka. Hari pemergian haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai hari hitam buat pemiliknya.


Baru-baru ini, seorang pemuda dari Indonesia ada berkongsikan beberapa video di TikTok berkenaan ikan Flower Horn miliknya yang terpaksa digoreng. Lebih memilukan, pemuda ini sudah membela ikan itu semenjak ia kecil lagi.

@dareevil_

Ya gimana ya #lohan #ikanlohanku

♬ tulus_andai aku bisa – panyaaa

 

Dalam video yang berdurasi selama 8 saat itu, lelaki ini meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa menggoreng ikan yang dibela. Difahamkan, dia ada membela beberapa ikan Flower Horn dan salah satu daripadanya tidak mempunyai umur yang panjang.

Tidak sanggup memakan daging ikan peliharaannya sendiri, lelaki ini memberikan ikan yang digoreng itu kepada kucingnya. Pemuda ini sempat berseloroh dengan menggelar kucingnya tidak mempunyai perasaan kerana memakan ikan kesayangannya. 

@dareevil_

Balas @kiagusihwan ya namanya juga manusia, mamalia paling buas dibumi ?

♬ Yamet Kudasi Ara Ara Kimochi – Tyo Play

Video ikan Flower Horn yang digoreng itu mendapat perhatian ramai. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mencecah 16.8 juta jumlah tontonan.

Apabila ditanya oleh warganet berkenaan rasa isi ikan Flower Horn, pemuda ini sempat berseloroh dengan mengatakan rasa isi ikan itu seperti kenangan.

“cuma rasanya kayak makan kenangan aja :’)”

@dareevil_

Balas @gisnaastria bisa kok, cuma rasanya kayak makan kenangan aja :’) #lohan #lohanku

♬ Aku Sayang Aku – Chintya Gabriella

Orang yang ada haiwan peliharaan mesti faham perasaan pemuda ni kan?

 

BACA: Pekerja di Colombia Bakal Diberikan Cuti 2 Hari Jika Haiwan Peliharaan Mati

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.