in

Bekas Pegawai Khas Dedah Rosmah Mansor Biaya Cybertroopers RM100 Ribu Sebulan, Pantau Berita Negatif Termasuk Isu Beg Tangan Mahal

Aa 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama menyepi, kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kini kembali menjadi perhatian.


A1 3

Terbaharu, semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, bekas pegawai khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor mendedahkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers dengan dana RM100,000 sebulan.

Rizal yang juga saksi ke 21 perbicaraan kes solar hybrid itu memberitahu pembayaran kepada pasukan itu dibuat Rosmah secara tunai dan diberikannya sendiri sejak tahun 2012.

Katanya Cybertroopers tersebut telah diberi tanggungjawab untuk memantau kandungan kritikan negatif di laman sosial terhadap isteri bekas perdana menteri itu.

A3 2 1

Antara berita negatif yang dimaksudkan termasuklah;

  • Isu beg tangan mahal
  • Perbelanjaan majlis perkahwinan anak perempuan yang terlampau tinggi
  • Isu keperluan untuk berjumpa beliau bagi mendapatkan projek kerajaan
  • Isu mempunyai kepentingan kewangan dalam projek kerajaan
  • Isu beliau merupakan ‘bos’ kepada Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Isu salah guna jet kerajaan

 

Saya uruskan hal ehwal dan ikut segala kehendaknya – Rizal

Menurut Rizal, selaku bekas pegawai khas, beliau juga turut bertugas di bawah bahagian khas First Lady Of Malaysia (F. L. O. M) bagi menguruskan hal ehwal Rosmah dan menurut segala kehendak beliau termasuk mengatur liputan media untuk dirinya.

A2 2 1

Rizal berkata, liputan media yang dikehendaki Rosmah bukan sahaja terhad terhadap kebajikan malah termasuk semua aktiviti untuk menambah populariti dan meningkatkan imej beliau sebagai isteri Perdana Menteri.

Untuk rekod, Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.

Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), lapor Astro Awani.

A4 5

 

Baca: “Garang & boleh pengaruh PM” – Bekas Pegawai Khas Rosmah Mansor Dedah Isteri Bekas PM Ditakuti Penjawat Awam, Siapa Ingkar Akan Dipindahkan

A 3 1

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.