in

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas Meninggal Dunia

Tun Salleh Abas Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal pagi ini, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 92 tahun.


Tun Salleh Abas

Memetik laporan The Star, berita duka itu diterima pada jam 3.20 pagi yang mengatakan tokoh perundangan negara itu telah meninggal dunia setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kelmarin.

Sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksektif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed dalam satu kenyataan, mengesahkan bahawa Allahyarham Tun Dr Mohamed Salleh Abas positif wabak COVID-19 dan dirawat di ICU HSNZ.

“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun (Mohamed Salleh),” katanya.

Namun begitu, tiada maklumat lanjut diperolehi.

Allahyarham Tun Dr Mohamed Salleh Abas dilahirkan di Kampung Raja, Besut dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1984 hingga 1988.

Allahyarham juga pernah memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih atas tiket PAS pada 1999.

Sumber: The Star

Baca: [TERKINI] Lepas 4 Menteri, Tengku Razaleigh Pula Disahkan Positif Covid-19

Collage 21 E1610760163590

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.