in

“Behave nya dia!” – Selalu Nampak Muka Datang, Anak Anjing Comel Jinak Bila Nampak Abang J&T Hantar Parcel

Fi Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas menjadi seorang penghantar barang bukan sebuah tugas yang mudah. Nak kena kejar masa lagi, dan yang paling penting nak hadap cuaca ketika itu.


Tapi demi tugas, mereka tetap lakukannya asalkan pelanggan puas hati.

Seperti kisah seorang pekerja J&T ini, dimana dia disambut oleh seekor anak anjing ketika dia menghantar parcel di sebuah rumah.

 

Anak anjing dah tunggu

Rupanya, tuan rumah tersebut selalu beli barang atas talian dan abang J&T ni juga yang hantar dekat rumah itu. Disebabkan itu, anak anjing tersebut dilihati jinak sebab dah selalu nampak.

Pemuda itu turut ‘cair’ melihat tingkah anak anjing itu dan turut menyatakan yang haiwan itu comel.

@nxyennn

boss parcel ada dalam ini budak saya bawak balik laaaa boleh? #fypシ

♬ original sound – Nazrin Muhammad – Nazrin Muhammad

“Comel lah kau ni” – katanya

 

Bawa makanan lebih

Dipetik dari World Of Buzz, pemuda itu memberitahu yang dia selalu hantar parcel ke rumah itu dan turut bawa makanan lebih untuk anjing dan kucing yang dia nampak sepanjang melakukan penghantaran.

Tambahnya, anjing itu bagaikan dah cam mukanya dan sebab itu anak anjing itu tidak bertindak agresif. Walaubagaimanapun jika ada penghantar yang tidak dikenali, anak anjing itu tidak akan begitu mesra .

Namun, tuan rumah telah memberitahu yang anjingnya tidak pernah menyerang sesiap kerana mereka tetap memantau haiwan tersebut.

 

“Kalau macam ni hari2 nak datang”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang gembira melihat video itu kerana merasakan anak anjing itu berkelakuan baik dan comel.

Reak Anjing 1 Edit

Reak Anjing 2 Edit

 

Baca : “Patut bagi 5 stars” ; Delivery Rider Tunaikan Hasrat Customer Suruh Simbah Air Dekat Ex-BF!

Foot Anjing

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.