in

“Be extra careful” – Pernah Belajar Di India, Dr Say Pesan Hati-hati Jika Mahu Melancong Ke Sana

India 3

Semalam, kecoh tentang kisah seorang doktor pelatih, Dr Moumita Debnath yang dibunuh dengan amat kejam selepas bekerja selama 36 jam di sebuah hospital.

Lebih memilukan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati dan pihak polis India melaporkan mangsa meninggal dunia kerana bunuh diri sedangkan banyak kecederaan seksual ada pada badan mendiang.

Dr Say minta hati-hati jika mahu ke India

Satu perkongsian oleh Dr Say Shazril di TikTok, dia meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati jika mahu melancong ke negara India. Bukan apa, kata Dr Say di sana terlalu banyak kes yang telah mengancam nyawa para pelancong.

Artikel berkaitan: “Takde hati perut!” – Kronologi Pembunuhan Kejam Dr Moumita Debnath, Dir*gol Hampir 20 Lelaki Ketika Sedang Berehat

Artikel berkaitan: Kes Nirbhaya Dir*gol Beramai-ramai Ketika Naik Bas Disebut Semula Selepas Pembunuhan Dr. Moumita, Ini Kisahnya…

Satu kes yang tular awal tahun lalu apabila pasangan suami isteri dari Sepanyol, Vincente dan Fernanda yang terpaksa melalui tragedi ngeri sewaktu mengembara di India. Mereka telah dipukul dan diancam menggunakan pisau sebelum Fernanda dirogol oleh tujuh orang lelaki di dalam khemah mereka.

Cerita penuh di sini

@say_shazril0

Bukan sahaja di India tapi di negara kita sendiri pun dah makin gila & bahaya. Always jalan beramai2, sentiasa inform family members keberadaan kalian & jauhi tempat2 gelap & sunyi. Kes di Kolkata ini cukup mengerikan yg kalau doktor sendiri pun tak selamat, apetah lagi wanita bekerjaya di luar sana. Apa nak jadi ni peeps?

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

Kes rogol hampir setiap hari

Dr Say yang pernah belajar di India sekitar tahun 2008 sehingga 2013 turut mendedahkan satu kes rogol yang berlaku di New Delhi pada tahun 2012. Seorang pelajar wanita dikatakan dirogol sebelum dibunuh oleh lima orang lelaki dan mujur kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman mati.

Untuk pengetahuan, mengikut statistik tahun 2022 lebih kurang 86 kes rogol dilaporkan setiap hari di India. Banyak lagi kes tidak dilaporkan kerana stigma terhadap wanita yang dirogol dan kurang kepercayaan kepada pihak polis.

Tujuan saya buat video ni adalah supaya anda berhati-hati jika ingin ke India terutamanya di kawasan pedalaman, terutamanya kepada kaum wanita.

Dia turut mengaitkan kes rogol sebegini dengan sebuah filem asal India, ‘Ganggubai Kathiawadi’ lakonan Alia Bhatt yang mengisahkan betapa rendahnya martabat wanita di sana. Difahamkan, filem tersebut adalah kisah benar.

Dalam filem itu, ada satu babak yang mana watak Ganggubai (lakonan Alia Bhatt) mengarahkan orang suruhannya mengikat kuat kedua-dua kaki mayat seorang wanita untuk elak daripada dirogol.

Dr Say
Sumber: x

Dekat mana pun, kita kena lebih berhati-hati…

Sumber: TikTok