in

“B*dohlah macam ni”- Kamal Adli Bengang Orang Tularkan Video Adegan Bergaduh Dengan Uqasha Dalam Kereta

ft kamal bengang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Kamal Adli bengang apabila video yang memperlihatkan dia bertengkar dengan bekas isteri, Uqasha Senrose tular di TikTok sehingga mengundang salah faham orang ramai.

Kamal yang terpanggil dengan penularan video tersebut menegaskan bahawa insiden tersebut merupakan satu sesi penggambaran di sebuah program TV, namun dalam klip yang tular itu, dia mendakwa ia telah dipotong dan dimuat naik oleh individu yang tak bertanggungjawab dengan menggunakan namanya.


Artikel berkaitan : “Saya tak mampu nak lafaz pun…” –  Kamal Adli Berharap Dapat Rujuk Semula Dengan Uqasha Senrose

Artikel berkaitan : “Dia merajuk, tapi dia rindu” – Kamal Adli Kongsi Momen Jumpa Anak

@astrogempak

Merajuk pun cantik @uqashasenrose2 😍 nasib baik @kamaladli tahu macam mana nak pujuk balik. Apa plan Kamal agaknya ya? Stay tuned Episod 3 esok okay! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Layari gempak.com/thehouse untuk video menarik! #AstroGempak#TheHouseKamalUqashaGempakOriginalSeries@uqashasenrose2@kamaladli

♬ original sound – Gempak – Gempak

Menerusi Threads miliknya, Kamal menyifatkan tindakan pihak yang menularkan video itu sangat tidak wajar terutamanya dalam situasi yang dia alami di mana baru sahaja bercerai talak satu pada 12 Januari lepas, ditambah lagi individu tersebut menggunakan namanya di akaun TikTok tersebut.

Screenshot 2026 01 15 114836

Untuk rekod, Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bergelar suami isteri pada November 2021 di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.