in

Bawa Gambar ‘Idol’ K-Pop Depan Kaabah, Individu Teruk Dihentam Netizen

Kpop Kaabah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang mempunyai minat masing-masing, ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak demi minat mereka. Contohnya, mereka yang sukakan sesebuah genre muzik atau artis pasti akan membeli barangan serta album untuk menyokong karya-karya artis yang mereka gemari itu.

Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru dalam arena muzik K-Pop, mereka yang meminati genre daripada negara Korea Selatan itu bukan sahaja mendengar lagu-lagu pop tersebut malah, mereka juga akan membeli barangan artis yang diminati, seperti photocard, album dan pakaian.


Baru-baru ini, sebuah tweet telah tular di mana seorang pengguna Twitter @urboy_hj telah memuat naik sebuah screenshot video TikTok yang menunjukkan seorang individu telah membawa gambar idol K-Pop di hadapan Kaabah.

https://twitter.com/urboy_hj/status/1583951257768976384?s=20&t=uHUMom0rSBT1mVlSEfc9_A

“Itu tempat ibadah kan”

Perkara itu mendatangkan kemarahan netizen terutama sekali peminat-peminat muzik K-Pop, ramai di antara mereka yang merasakan perkara itu sangat melampaui batas malah ada juga yang merasakan ia sesuatu yang kurang ajar.

Kpopkaabah

Video itu sudah dipadam daripada TikTok dan difahamkan video berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok Indonesia.

Hmm, janganlah sampai macam tu sekali…

Baca: BTS Tetap Kena Sertai Latihan Ketenteraan, Bakal Mendiam Dalam Dunia K-Pop Sehingga Tahun 2025?

Uhuior

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.