in

Bas Sekolah Hilang Kawalan, Rempuh 2 Pelanggan Gerai Nasi Kukus Tepi Jalan

Bas 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, ramai orang yang berniaga makanan dengan membuka gerai di tepi jalan raya. Selain daripada terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, peniaga juga akan terdedah dengan risiko keselamatan yang tidak diduga seperti kemalangan oleh kenderaan lain.

Insiden yang berlaku baru-baru ini di tepi sebuah jalan, dua pelanggan gerai nasi kukus dirempuh sebuah bas sekolah yang dipercayai sedang hilang kawalan.


Bas 1

Pelanggan baru sampai di gerai

Video rakaman dashcam menunjukkan dua orang pelanggan yang menaiki motosikal baru sahaja sampai di gerai itu. Dalam masa yang sama, ada pelanggan lain yang sedang membeli nasi kukus di situ jadi dua orang pelanggan yang baru sampai itu sedang menunggu giliran mereka

Tak sampai beberapa saat selepas itu, sebuah bas sekolah dilihat bergerak laju lalu merempuh dua pelanggan yang menaiki motosikal itu. Mujur seorang pelanggan yang ada di situ nampak bas tersebut sedang meluncur laju menghampiri mereka, jadi dia sempat mengelak daripada dilanggar.

Artikel berkaitan: Viral Video Honda Civic Rempuh Motosikal, Rupanya Pemandu Nak Lari Dari Isteri Lepas Bertengkar

Artikel berkaitan: Keluarga Pasangan Maut Dirempuh Pemandu 16 Tahun Mahu Tuntut Keadilan Di Mahkamah

Bas hilang kawalan

Menurut info orang ramai, kejadian itu berlaku di tepi jalan Taman Klebang Putra, Ipoh dan bas sekolah tersebut hilang kawalan disebabkan masalah stereng. Mujur tiada pelajar yang menaiki bas sekolah pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi laporan rasmi daripada pihak berkuasa.

Menerusi hantaran yang tular di Facebook itu, ramai netizen terkejut dengan kejadian yang berlaku dan berharap agar pihak berkuasa tidak membenarkan sebarang gerai di buka di tepi jalan kerana terdedah dengan risiko kemalangan.

Bas 2 Bas 3

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.