Pernah terpalit dengan kontroversi berkenaan dengan babak berahi untuk promo satu drama bersiri, pelakon Zul Ariffin kini menegaskan bahawa dirinya kini tidak mahu terlibat dengan sebarang adegan-adegan seksi dalam lakonannya lagi.
Perkara itu dijelaskan oleh penerbit dari syarikat produksi Zeel Production, Fadzil Teh menerusi Facebook miliknya saat dia menawarkan satu watak untuk drama bersiri terbaru kepada pelakon yang baru sahaja menunaikan ibadah haji itu.
“Aku kata ok ambik watak ni dia tak ada rogol gomoi perempuan, dia kata…”
Jelas Fadzil lagi, Zul Ariffin menjelaskan bahawa dia kini enggan menerima lagi cerita-cerita sedemikian dan ia membuatkan Fadzil jadi malu dengan diri sendiri. Oleh sebab itu, dia terus hubungi pihak stesen TV untuk tidak masukkan mana-mana plot yang dianggap agak daring.
“Zul bagi tau dia berlakon lagi tapi tak mau dah watak watak sexy peluk peluk semua. Aku kata ok ambik watak ni dia tak ada rogol gomoi perempuan, dia kata minta maaf haji saya tak nak terlibat lagi cereta cereta macam ni.”
“Lepas tu aku terfikir dan aku pulak malu sendiri. Aku pun terus call orang kuat tv tu minta kita buang plot story yg agak seksi. Depa setuju.”
Kata Fadzil lagi, dia pernah berkata dengan diri sendiri untuk tidak mahu terjebak dengan drama-drama sebegitu, namun sebagai manusia biasa, dia akui bahawa dirinya juga lali dan lemah dengan dunia glamour ini.
Oleh sebab itu, Fadzil mengucapkan terima kasih Haji Zul Ariffin kerana penolakan itu telah membuka matanya.
Semoga terus istiqamah Haji Zul!
Baca : [UPDATE] Zul Ariffin Mengaku Bersalah Muat Naik Video ‘Babak Panas’ Di Instagram, Didenda RM30,000