in

“Baru nak merasa” – Cikgu Dapat Lipstick YSL Daripada Murid Sempena Birthday

Ft Cikgu Dapat Ysl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah bekerja, bukan semua orang ada peluang untuk merasai nikmat menggunakan barang-barang mahal kerana faktor kewangan dan komitmen yang terbatas.

Pastinya sebagai orang-orang biasa, akan timbul rasa teruja apabila menerima hadiah yang berjenama.


Artikel berkaitan : Murid Tanya Soalan Jawi Pada Cikgu India Buat Netizen Terhibur

Artikel berkaitan : Cikgu Luah Kecewa, Murid Tak Siapkan Kerja Sekolah Sebab Tahu Takkan Kena Marah

Tuah buat cikgu yang dikenali sebagai Nur Insyirah ini apabila dia menerima hadiah gincu jenama YSL  daripada anak muridnya sempena hari jadi!

Dalam video yang berdurasi 43 saat yang telah meraih lebih 400K jumlah tontonan dalam masa 17 jam itu memperlihatkan cikgu ini begitu teruja. Dia sempat berseloroh untuk tidak akan memakai gincu tersebut kerana ia sangat bernilai.

Jika diperhatikan dalam video, gincu tersebut siap ada ukiran nama cikgu ini lagi dan pastinya membuatkan cikgu ini rasa sangatlah teruja kerana menurutnya ini adalah pertama kali dia menerima hadiah semahal itu.

@syiraaishak

sorry jakun sikit, baru nak merasa ada lipstick mahai u 🥹

♬ original sound – bigboss – bigboss

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen cemburu dan ada juga cikgu lain syak murid tersebut ada adik beradik lain kerana nama lebih kurang sama dan cikgu tersebut juga dapat hadiah yang sama.

Bahkan, ada juga yang kongsi pengalaman dapat hadiah mahal, untuk golongan ibu bapa, ada yang memberi komen bahawa dia suka memberikan hadiah kepada orang dan sebab itu ia tidak menjadi masalah untuk bantu murid memberikan hadiah kepada cikgunya.

Screenshot 2024 07 19 135626 Screenshot 2024 07 19 135705

Min syak, mesti mak dia makeup artist ni, tak pun murid dia perhati minat cikgu dia.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.