in

Baru Berapa Hari Dilancarkan, Proton Sahkan Senarai Harga X50 Bermula RM75K Adalah Palsu

Gambar Hiasan 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas keluaran variasi abangnya iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang pernah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia dek kerana kecanggihan dan rupa parasnya yang ‘handsome‘, kini giliran adiknya pula iaitu variasi Proton X50 menjadi topik perbualan terutamanya dalam industri automotif.


Selain reka bentuk yang menawan, Proton X50 dikatakan sesuai bagi golongan rakyat ‘marhaen’ kerana harganya yang mampu milik.

Namun begitu, pengeluar kereta nasional Proton dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu bahawa harga kereta Proton X50 sebenarnya masih belum didedahkan kepada orang ramai.

https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/photos/a.218333141523512/3667042993319159/

Susulan itu, senarai harga Proton X50 seperti yang tular di media sosial dan dikongsi oleh orang ramai adalah palsu semata-mata.

Menurut Proton, maklumat mengenai harga SUV itu akan diberitahu dalam tempoh terdekat dan berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada orang ramai.

Namun perkara ini jelas mengecewakan ramai pihak yang sudah tidak sabar untuk mengetahui harga sebenar kereta ‘panas’ tersebut. Pun begitu ada sesetengah pihak berpendapat ini adalah ‘marketing strategy’  dari pihak Proton semata-mata bagi mencapai kuota tempahan yang cukup. Tapi betul lah…kang takda siapa nak, bazir je buat banyak-banyak.

1 20

2 17

Harapnya harga sebenar dia lebih murah lah…

 

Baca: Segak! – [RASMI] Proton Keluarkan Gambar Rasmi Model Terbaharu, X50

12 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.