in

Baran Bawa Padah! Suami ‘Tertibai’ Anak Dan Isteri Dengan Besi Hingga Maut

Ft Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.


Dek kerana terlalu ikutkan amarahnya seorang lelaki akhirnya ‘mencabut’ nyawa isteri dan anaknya.

Kejadian bermula apabila berlaku perselisihan faham diantara tertuduh dan mangsa sebelum tertuduh dikatakan naik angin.

Tidak dapat mengawal emosinya, tertuduh dikatakan mengambil sebatang besi yang terletak di luar rumah dan memukul isterinya di bahagian badan lapor Tribunnews

Capture 1 3

 

Cuba selamatkan ibunya

Anak perempuannya yang ternampak insiden itu dikatakan bertindak memukul bapanya menggunakan batu.

Namun pukulan yang dibuat anaknya itu membuatkan tertuduh semakin berang dan bertindak memukul anaknya pula. 

Bagai disampuk syaitan, melihat anaknya yang tersungkur masih bergerak si bapa memukul lagi bahagian tubuh anaknya itu hingga tidak lagi menunjukkan respon.

Tertuduh dikatakan kembali memukul isterinya sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa tidak lagi bergerak.

 

Mengharapkan pelaku dihukum dengan setimpal

Ketika ditemuramah oleh Tribunnews, jelas dilihat kekecewaan dalam mata ibu mertua pelaku.

Menurut wanita itu, cucunya masih kecil dan tidak tahu akan apa-apa yang berlaku.

Dalam nada yang kecewa wanita itu meminta agar menantunya mendapat hukuman yang setimpal.

Kalaupun tertuduh dah menyesal, tapi segalanya tak ada guna lagi sebab kematian anak dan isterinya tidak bokeh ditebus kembali.

 

Baca : Tular Kes Tikam Rambang Di Shah Alam Sampai Ada Yang Maut, Rupanya Sebab Gaduh?

Capture 4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.