in

Bapa Pengaruh Anak Hisap Dadah Sejak di Bangku Sekolah

F 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain guru, ibu bapa juga menggalas tanggungjawab mendidik anak dan menjadi contoh yang baik di samping mengajar mereka untuk pandai membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Apatah lagi seorang bapa yang perlu bersikap tegas dalam mendidik anak-anak.


Namun, sebaliknya seorang pemuda memberitahu bahawa bapanya adalah punca mengapa dia terjebak dengan najis dadah sejak masih bersekolah. Menurutnya, akibat sering melihat tabiat buruk bapanya, dia terpengaruh untuk menghisap dadah.

Pemuda berusia 20-an itu merupakan antara tujuh lelaki tempatan yang diberkas dalam Ops Cegah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Brickfields di sekitar Kampung Pantai Dalam, malam kelmarin.

Penagih
sumber: harian metro

Menurut pemuda berkenaan, bapanya yang kini sudah berusia 56 tahun menagih dadah sejak 20 tahun lalu. Bapanya itu turut sama diberkas dalam operasi tersebut.

“Saya ambil dadah sejak di bangku sekolah selepas terpengaruh dengan ayah,” katanya.

Dua beranak itu malah mengaku sanggup berkongsi jarum suntikan dan bapanya dilaporkan sudah 20 tahun terbabit dengan dadah jenis heroin serta kerap keluar masuk penjara atas pelbagai kesalahan.

Dadah
gambar hiasan

Namun, ketika diberkas bapanya mendakwa tidak mengetahui anaknya mengambil dadah jenis syabu sejak dari sekolah menengah. Dah hang tunjuk contoh tak baik, dia ikut lah!

Ketua Pegawai AADK, Nur Izzati Naim berkata, pemuda itu mengaku kerap dibuang kerja kerana masalah ketagihan dadah.

Ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah rumah, dua beranak itu didapati sedang mengambil dadah. Berdasarkan soal siasat, pemuda itu mendakwa mula terpengaruh dengan gaya hidup tidak sihat itu selepas ‘diasuh’ bapanya,” katanya.

Inilah namanya bapa borek anak rintik.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.