in

Bapa Gigih Jalan Kaki 8KM Teman Anak Ke Sekolah Gara-Gara Motor Ditarik Bank

ft bapa 8km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah perkongsian di Facebook daripada seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh, dia berkongsikan sebuah kisah mengenai seorang murid pra-sekolah yang terpaksa berjalan kaki dari rumah untuk ke sekolah yang terletak 2 kilometer daripada rumahnya.

Menurut guru berkenaan, kebiasaannya murid tersebut akan dihantar oleh ayahnya dan kelihatan anak beranak tersebut berpeluh di pagi hari.


Setelah di selidik rupanya, motor si ayah baru sahaja ditarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak bayaran selama 4 bulan semasa si ayah sedang membuat job Grab yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.

https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/pfbid02TkYAarvPcZszi6EfjXjzoFnJWKSSGNBVi7LQ9gYXt2uy6pf4eYt6LGvLxnTBeCZNl

Meskipun tidak mempunyai kenderaan lain, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat bapa berkenaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk menghantar anak ke sekolah.

“Setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki. 2km pergi, 2km balik. Masa pulang pula lagi 2km pergi, 2km balik. Total 8km ulang-alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu,” tulisnya.

Menurut Mohd Fadli, bapa kepada murid berkenaan juga tetap hadir ke sekolah untuk Hari Orientasi Tahun Satu si anak yang juga ditemani isterinya untuk mendengar taklimat.

Selalunya salah satu penjaga sahaja yang akan mewakilkan keluarga, tapi ini dua-dua datang dan semangat si ayah dipuji oleh Fadli.

Semangat bapa tersebut telah membuatkan Fadli berasa kagum kerana menjaga hak anak-anak dan mementingkan pelajaran.

310852061 5739582399396641 1880652988128163401 n

Setelah program orientasi tamat, Fadli telah membawa bapa kepada murid berkenaan ke sebuah kedai motor di Batu Caves dengan hasrat untuk membelikannya sebuah motor baru untuk kegunaan harian.

Difahamkan bapa murid itu telah dihadiahkan dengan sebuah motosikal baharu SM Sport yang bernilai RM3,600.

Sepanjang perjalanan ke rumah berkali-kali si ayah mengucapkan terima kasih kepada Fadli dan menyatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana hendak membalas budi guru tersebut.

“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain apabila abang senang sikit di hari akan datang,” balas guru itu.

Fadli memberitahu bahawa sumbangan itu bukan daripada dia seorang sahaja, sumbangan tersebut terhasil daripada dana Pertubuhan Kebajikan Dana Kita yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Sumber: Facebook, mStar

Baca : “Habis semua kantoi” – [VIDEO] Cikgu Buat ‘Live’ Ketika ‘Spotcheck’, Netizen Komen ‘Port’ Sorokkan Barang

spotcheck live 561x295 1

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.