Ini bapa syaitan! Bapa mana yang sanggup merogol dan meliwat anak sendiri sehingga beratus-ratus kali?
Menerusi laporan Berita Harian, seorang lelaki berusia 37 tahun telah menerima dakwaan sebanyak 599 kesalahan meliwat dan satu kesalahan merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun.
Suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut ke atas mangsa sejak dua tahun lepas apabila mangsa tinggal bersamanya ekoran penceraian suspek dan isteri.
Namun kegiatan jahat suspek akhirnya terbongkar apabila mangsa mendedahkan kejadian hitam yang menimpanya kepada ibu kandung sebaik sahaja dia mengetahui bapanya itu bakal mengambil dua adik perempuan berusia 9 dan 11 tahun untuk tinggal bersama mereka. Haih nasib baiklah!
Susulan pendedahan itu, suspek telah direman pada 26 Julai lepas dan bakal berhadapan dengan 600 pertuduhan. Jika sabit kesalahan, bapa durjana itu bakal berdepan dengan hukuman penjara berjumlah 3,000 tahun. Tu diaaa punya lama!
Manakala bagi kesalahan merogol anak kandung atau sumbang mahram, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan.
Semoga insaf akan perbuatan yang dilakukan selepas tinggal di penjara seumur hidup!
Baca: Bapa Korek Dubur, Liwat Dua Anak Berusia 7 dan 11 Tahun di Tempat Awam Sejak April 2016