in

Bapa Calon SPM Meninggal Dunia Ketika Jawab Kertas Sejarah Raih Sokongan Moral Netizen

ft bapa calon spm meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, semua pelajar tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan SPM, sudah semestinya mereka mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan tersebut. Bagaimanapun, ujian hebat melanda seorang calon ini yang mungkin serba sedikit telah mengganggu mentalnya.

Artikel berkaitan : Kira-kira 10,000 Calon SPM 2024 Tidak Hadir Perperiksaan – Menteri Pendidikan


Artikel berkaitan : Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum Peperiksaan SPM Lepas Mengadu Sakit Kepala

Seorang guru kongsikan bahawa bapa salah seorang pelajarnya telah meninggal dunia ketika sedang menjawab soalan peperiksaan untuk mata pelajaran Sejarah pada 2 hari lepas.

Menerusi TikTok milik cikgu tersebut, ketika mereka mendapat khabar berita yang mendukacitakan itu, guru tersebut membuat keputusan untuk tidak memberitahu terus pelajar tersebut kerana peperiksaan sedang dijalankan.

Cikgu terpaksa menunggu sehingga peperiksaan tamat untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pelajar yang dikenali sebagai Dania itu. Mungkin gurunya tidak mahu pelajar tersebut sedih kerana menurut si guru, Dania seorang anak yang begitu rapat dengan ayahnya.

“Exam Sejarah dapat berita ayah Dania meninggal, cikgu hold tak beritahu ke dia, habis paper pukul 1 baru bagi tahu, dia rapat dengan ayah dia.. Semoga Dania diberi ketabahan.”

Dalam video tersebut kelihatan, ramai rakan-rakan pelajar tersebut memeluknya dan guru berada di sisinya.

@cikgu.arenys

7.1.2025 Exam Sejarah Dapat berita Ayah Dania meninggal Cikgu hold tak beritahu ke dia,Habis paper pukul 1 baru bagi tahu Dia rapat dengan Ayah dia.. Semoga Dania diberi ketabahan.

♬ Sad Music – Max-Music

Video yang meraih lebih daripada 270K jumlah tontonan ini telah mengundang sebak ramai netizen, malah rata-rata juga dilihat memberikan sokongan moral buat adik Dania.

ayah meninggal SPM ayah meninggal SPM 2

Salam takziah buat adik Dania sekeluarga dan sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Zamani Bin Tengku Hamzah, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga adik Dania tabah dan dapat menjawab peperiksaan yang mendatang dengan baik.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.