in

“Banyaknya ‘ter’ dia”- Terhibur Tengok Syukri Yahaya ‘Sakat’ Anak Dengan Lagu ‘Ramadan Tiba’ Versi Sendiri

Cats 75

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan puasa akan jadi satu bulan yang penuh cabaran bagi ibu bapa yang baru nak mengajar anak mereka berpuasa. Korang boleh tengok macam-macam perangai anak-anak kecil yang berusaha untuk tahan diri daripada makan dan minum di siang hari. Boleh pening kepala layan kerenah diorang ni.


Pelakon terkenal, Syukri Yahaya tidak terkecuali melalui pengalaman yang sama apabila berkongsi kisah mengenai pengalaman anak sulungnya bernama Aaira Ameena yang baru berusia 5 tahun tetapi sudah mula belajar berpuasa untuk kali pertama pada tahun ini.

Menerusi satu perkongsian video oleh pemilik akaun bernama kakbee91, video tersebut telah mendapat hampir 2 juta tontonan walaupun baru dimuat naik semalam dengan lebih 100 ribu likes dan hampir 4 ribu share.

@kakbee91

korang pulak ‘ter’ apa??

♬ bunyi asal – @kakbee – @kakbee

 

Beri banyak alasan

Lebih mesra dipanggil Ameena, kanak-kanak ini mula beri macam-macam alasan untuk tunjukkan dia tidak sengaja membatalkan puasa. Antara alasan yang diberikan adalah seperti terminum susu dan termakan gula-gula. Katanya tak sengaja sebab ‘ter’. 

Dalam video tersebut, Syukri ditanya sama ada Ameena puasa atau tidak, dengan selambanya Syukri nyanyi lagu ‘Ramadan Tiba’ versi sendiri dengan mengubah liriknya kepada alasan-alasan Ameena tidak berpuasa. Memang kelakar weh!

Menyedari dirinya diperli oleh ayahnya, Ameena hanya tersenyum manis sambil makan buah pisang. Alahai, tabah la dapat ayah jenis kuat sakat.

Nj

 

Siap ulang banyak kali

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan nyanyian Syukri Yahaya itu siap ada yang ulang tengok video itu berulang kali. Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang sudah bergelar ibu bapa faham bila lihat gelagat Ameena kerana anak mereka juga seperti itu.

Photo6334574517170580386

Photo6334574517170580385

Dulu pun korang macam tu juga kan? Haaa, betul tak?

 

Sumber: kakbee91

Baca:“Aku bawak hang naik belon panas”- Netizen Berdekah Dengan Lawak ‘Crack’ Sinis Shukri Yahaya & Sharnaaz

Capture 57

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.