Salah satu perkara yang ramai orang kita impikan adalah memiliki tubuh badan yang ideal, pasti akan ter inspired bila tengok kebolehan individu yang mampu turun kan berat badan dalam masa yang singkat bukan?
Tapi sebenarnya, pakar diet Jazeera Julaili berkata cara itu bukan makin menyihatkan malah akan memudaratkan lagi diri tau!
Memandangkan dah musim-musim hujung tahun dan ramai dah tanam azam nak kurus, hadamkan perkongsiannya ini supaya dapat membuka mata kita semua bahawa penurunan berat badan secara drastik ini bahaya kerana….
Boleh rosakkan jantung!
Menurut Jazeera, ada sebab kenapa dietitian/nutritionist menasihatkan seseorang yangt ingin menurunkan berat badan itu, dilakukan secara perlahan-lahan dan teratur.
Turun berat tapi tambah penyakit lain, untuk apa?”
Kata Jazeera, cara diet yang salah boleh membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan sekaligus boleh menghilangkan lemak dan secara langsung akan menghilangkan jisim otot juga (muscle mass).
Kesannya, salur darah akan jadi rosak dan membuatkan kadar denyutan jantung (heart rate) akan semakin menurun.
Jantung susah nak pump darah, cardiac arrest, jantung in a very fragile mode. kita pulak pergi gym, buat exercise lebih dari HR. Sebab nak turun berat cepat. Push beyond limit katanya.”
Disebabkan itu, risiko untuk menghadapi kegagalan jantung berfungsi amatlah tinggi. Katanya, lagi cepat turun berat, lagi cepat jugalah kena. Maka lagi banyak komplikasi pada kesihatan korang.
“Kita bukan sembang saja saja lose 0.5-1.0kg/week berat badan tu. Ada sebab.
This is one of the reason. 500 x 7 hari. = 3500Kcal deficit = 1kg weight lost. Kita nak make sure, lose weight tp nutrient cukup. Tak bagi pressure kat you. Mental health, physical health terjaga.”
Disebabkan itu, Jazeera menasihati untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, lakukanlah dengan secara teratur dan tak perlu nak terburu-buru.
Remember this. Qoute this if you need this. GREAT THINGS TAKE TIME. Losing weight faster than the other does not make you superior. It does not make you a warrior, oh one more losing weight bukan penyebab you boleh jadi coach orang tiba tiba.”
Bangga ke hilang 50kg in 3 month?Let me tell you :DRASTIC WEIGHT LOSS LEAD TO LOSS OF HEART MUSCLE MASS AND ULTIMATELY HEART DAMAGE.
There are reasons why dietitian/nutritionist advice you to lose weight slowly and steadily.
Turun berat tp tambah penyakit lain, untuk apa? https://t.co/1w7uB9v8le— Jazz™ (@JazeeraJulaili) November 27, 2020
Apa yang boleh dirumuskan diri adalah cara kita ‘catu makanan’ dan bersenam melampaui had kemampuan kita itu sebenarnya boleh memudaratkan kita.
Jadi, Jazeera ada pesan adalah lebih baik kalau kita makan secara calorie deficit yang betul. Malah, pesannya lagi, kita boleh membuat pemeriksaan darah dan ujian penanda jantung (cardiac marker).
Baca : Malu Asyik Kena ‘Bahan’ Gadis Diet dan Workout Sampai Hilang 42KG Dalam 6 Bulan!