in

“Bakteria tu cepat merebak” – Kandang Kerbau ‘Mowgli Malaysia’ Terpaksa Ditutup Lepas 41 Kerbau Mati Secara Mengejut

Kandang Mowgli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kerbau milik Syukor Khamis atau digelar ‘Mowgli Malaysia’ dilaporkan mati secara mengejut. Menurut laporan, setakat ini, jumlah keseluruhan kerbau miliknya yang mati berjumlah 41 ekor.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mengklasifikasikan kematian itu berpunca daripada satu penyakit yang dipanggil hawar berdarah. Penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.


Kerbau6

Kerbau5

 

Kandang ditutup

Terbaru, JPV Terengganu berkata mereka terpaksa menutup kandang kerbau milik remaja berusia 15 tahun itu daripada dikunjungi oleh orang ramai, bermula hari ini.

Menurut Harian Metro, penutupan menggunakan tali penghalang amaran itu dijalankan mengikut Akta Binatang 1953, (Akta 647) Kawalan Penyakit bagi menghadkan kemasukan orang awam ke kawasan kandang seterusnya mengelakkan penularan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah ke kawasan lain.

Kerbau9

Kerbau8

 

Harap orang ramai tak masuk

Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, orang ramai diharapkan dapat memberi kerjasama untuk tidak memasuki kawasan kandang berkenaan.

“Ada bakteria HS dalam kandang kerbau itu. Kehadiran orang ramai selain penternak lain boleh menjadi punca penularan HS ke lokasi lain.”

“HS cepat merebak sekiranya tidak dikawal, kami bimbang ternakan pertenak berhampiran pula yang akan diserang penyakit sama. Sudah terlewat sekiranya kita mahu memindahkan ternakan ke kawasan lain kerana dibimbangi ternakan itu sudah menghidap HS.”

“Bukan semua ternakan dijangkiti HS terus mati kerana ia bergantung kepada antibodi ternakan juga. Ternakan yang mempunyai antibodi yang kuat akan mengambil masa untuk mati tetapi ia tetap menjadi pembawa HS dan boleh menjangkiti ternakan lain.”

https://www.facebook.com/syukorkhamis/posts/1453359691515703

Bapa Syukur, Khamis Jusoh, 64, berkata, dia akur dengan arahan penutupan kandang kerbau itu kerana ianya adalah untuk kebaikan semua namun berasa kasihan dengan kerbaunya.

“Sebagai penternak, saya kasihankan kerbau yang berada di kandang itu kerana berada di tengah panas, maklumlah tak boleh keluar dan kandang pula tidak berbumbung.”

“Kebiasaannya, jam 7 pagi, semua kerbau dilepas untuk berendam dalam air dan lumpur berhampiran, namun sekarang, kerbau terkurung dalam kandang.”

Baca: Kes Kerbau Syukor Khamis Mati Mengejut Akibat Hawar Berdarah, Pakar Dedah Punca Wabak Ini Menular

Cc 10

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.