Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita, ramai rakyat Malaysia yang terjejas terutamanya dari segi ekonomi sebab ada juga yang terpaksa dibuang kerja oleh majikan sebab tak cukup bajet nak bayar gaji pekerja.
Disebabkan itu, ramai yang mula cari pekerjaan sambilan untuk cari duit bagi menampung kos kehidupan.
Baru-baru ini viral tentang seorang pakcik berusia 50 tahun yang mencari duit dengan cara mencuci kereta di rumah orang.
Tawar servis cuci kereta
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh Nur Syahira Erwanto baru-baru ini, dia berkongsi kisah dia didatangi oleh seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai dalam lingkungan 50-an yang menawarkan khidmat cuci kereta di rumahnya.
@itissyahira SALING BANTU MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN! JANGAN PERNAH BERHENTI BERUSAHA DAN MALU UNTUK MINTA BANTUAN! #fyp #forypage #fypシ #berkongsirezeki
“Katanya dia buat servis cuci kereta denga caj RM 10. Dia kata dia tak ada duit dan belum makan so, sebab itu dia nak cari duit makan.”
Waktu lelaki tersebut datang rumah, dia dan ibunya ada urusan di luar dan menyuruh dia datang semula pada waktu petang ketika mereka sudah pulang ke rumah.
Siap bagi bekal makanan
Mesra disapa Syira, dia pernah nampak lelaki itu sebelum ini berhampiran kedai mencuci kereta berdekatan kawasan rumahnya. Dia percaya yang kedatangan lelaki itu adalah disebabkan kesan PKP yang memaksa penutupan kedai tempat dia bekerja itu.
Dengan niat nak membantu lelaki itu, dia membayar servis yang ditawarkan kepadanya itu walaupun kereta dia tidak begitu kotor sebab baru lepas cuci sebelum lockdown hari itu.
“Kereta baru je cuci tapi rasa kasihan kat uncle yang tak kenal penat cari rezeki.”
Syira juga sempat berbual dengan pakcik tersebut dan baru dapat tahu yang pakcik itu berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah untuk cari pelanggan.”
Sementara tunggu kereta dia siap dicuci, dia bertanya sama ada pakcik itu sudah makan atau belum dan jawabnya belum.
“Saya tanya uncle tu dah makan ke, katanya belum. Jadi, saya tergerak hati nak masakkan bihun goreng untuk dia.”
Sebelum pakcik itu beredar, dia sempat berikan bungkuskan bihun goreng yang dimasak itu bersama sebotol air mineral dan sebiji kek.
Mesti senang hati pakcik itu dapat pelanggan yang baik hati macam gadis itu. Kita doakan semoga pandemik yang melanda negara kita cepat reda, so that sektor ekonomi boleh beroperasi macam biasa balik.
Sumber: mStar, itissyahira
Baca:“Kau nak makan kaki” – Biadap! Lelaki Paksa Bangla Cuci Kereta Sujud & Minta Maaf Gara-gara…