Kalau sebut nama Lucinta Luna, mungkin sudah tidak asing lagi kerana pada sebelum ni, dia pernah merakamkan lagu bersama usahawan terkenal di Malaysia iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri dan NurSajat. Tapi macam biasa lah, komen kecaman dari netizen lagi banyak daripada pujian.
Terbaru, penyanyi dari negara sebarang itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya kepada netizen ketika dia bersama Ussy Sulistiawaty yang menjemputnya untuk masuk ke dalam video Youtube miliknya.
https://www.instagram.com/p/B6VrAbqBC2C/?utm_source=ig_web_copy_link
Video tersebut kini sudah mencapai lebih sejuta tontonan yang mana rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua.
Video tersebut hanyalah memaparkan Lucinta Luna dan Ussy Sulistiawaty masing-masing melakukan make up challenge dalam masa 10 minit.
Dalam pada itu, Ussy Sulistiawaty yang juga merupakan host bagi channel youtube itu terus menanya beberapa soalan cepu emas kepada Lucinta Luna.
Bagi permulaan, dia meminta Lucinta untuk membuang make up yang sedang di pakainya itu dan dia akhirnya kagum melihat kulit dan wajah sebenar Lucinta tanpa make up.
“Gila lah, kulit you memang betul-betul cantik dan mulus, serius!” Katanya.
Bila di tanya tentang rahsia penjagaan kulit mulus itu, Lucinta dengan selamba jawab dia hanya pakai air wuduk.
“Apa rahsia you boleh dapat kulit cantik ni?” Ussy
“Air wuduk je” Lucinta
Namun lepas banyak soalan mengenai dirinya di tanya mungkin Lucinta tersasul ketika Ussy bertanya mengenai apa yang tidak asli dari tubuh badannya.
Dia langsung menjawab alat sulit dan dengan segera membetulkan perkataan sebelum itu menjadi jari kelingking.
“Badan you semua asli, jadi yang tak asli cuma….?” Ussy
“Alat sulit.. Eh bukan! Kelingking, aduh tersasul” Lucinta
Lucinta juga mengaku sudah melakukan hampir 18 hingga 20 kali pembedahan plastik ke atas tubuh badannya kerana selalu menganggap ada sahaja yang kurang.
Korang rasa macam mana? Asli ke tak?