Arena bola sepak negara tempatan baru-baru ini dalam mood bangga selepas seorang pemain muda kebangsaan ditawarkan untuk menyertai sebuah kelab bola sepak di Belgium, KV Kortrijk. Mungkin nama Luqman Hakim masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan rakyat biasa, tetapi namanya itu sudah menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Ikuti temubual ringkas bersama Luqman Hakim sebelum beliau berlepas ke Belgium dalam video yang dikongsi oleh @zulhelmizainal1 kat bawah ni.
"Saya balik, makan maki je… mereka ada sepasang kaki, saya pun ada sepasang kaki" ?@ASTROARENA pic.twitter.com/Upo7HRlSAE
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 13, 2020
Mentaliti juara!
Admin berbangga dengan pencapaian Luqman setakat ini. Bukan senang nak dapat offer main untuk kelab luar negara. Admin setakat dapat offer dalam game FIFA 20 pun dah bangga gila, ini real life tak tahu lah apa perasaannya kan.
Hati kena kuat dik. Jangan sebab homesick nak makan roti canai dan nasi lemak terus balik taknak pegi sana dah. Balik Malaysia kalau kena panggil main untuk negara je. Kalau homesick tu tunggu je lah kat sana. Dapat rezeki tu jaga elok-elok.
Sadio Mane, Mo Salah, Anelka, antara nama-nama pemain bola sepak yang merantau untuk mencari rezeki dan atas dasar minat kepada sukan tersebut. Orang kita pun boleh buat! All the best Luqman!
Betul, jiwa kena kental. Bertahan disana. Kalau rindu boleh video call. Semoga berjaya dan bawa nama Malaysia baik-baik!
Baca: “Tersedak bapak sy” – Hos Salah Sebut Nama, Ini Respon Spontan Bintang Bola Sepak Negara, Safee Sali