in

“Baginda sendiri yg DM dkt IG” – Pemilik Gerai Minuman Terkejut TMJ Cemar Duli Singgah & Beli Kopi

Peniaga Terkejut Tmj Dm Singgah Kedai Kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, peniaga air kopi di Kampung Baru Majidee, Johor Bahru berkongsi di Twitter tentang kegembiraannya selepas gerai kecilnya dikunjungi oleh kerabat diraja.


Menerusi Twitter, Jong Razali menceritakan dia telah menerima DM di Instagram daripada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ. Melalui screenshot yang dikongsi, TMJ telah menghantar mesej dan bertanya jika kedainya itu masih buka.

Kedai masih bukak ke? Kalau dah tutup takpa. Tolong bagi detail pukul berapa buka dan bila. Terima kasih.”

Saya teringin nak cuba kopi. Esok saya akan beli dan promote kopi awak.”

Tmj 1

Tmj 2

Bagaikan tidak percaya, TMJ benar-benar mencemar duli mengunjungi kedainya untuk membeli dan cuba rasa air kopi yang dijual anak muda itu.

Dia tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama TMJ dan perkongsiannya di Twitter mendapat perhatian serta pelbagai respon daripada netizen.

Rezeki yang tidak mampu terucap dengan kata-kata. Tunku Mahkota Johor Tungku Ismail Sultan Ibrahim perkenan mencemar duli singgah dikedai Kopi saya. Sangat berjiwa rakyat.”

Bergambar Dengan Tmj

Menerusi perkongsiannya itu, ramai warga Twitter dilihat bertanyakan lokasi dan waktu operasi gerai kopi tersebut. Ada yang berkata sudah lalu dan berniat untuk singgah membeli tapi ramai sangat yang beratur untuk mencuba.

Bagi yang ingin tahu, gerai kopi Jong Razali itu terletak berhadapan dengan Mad Aris Yong Tauhu (atau boleh waze Street Takoyaki Kg Melayu) dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada jam 3 petang hingga 9 malam.

Baca: “Ini baru durian runtuh”- Viral Pemuda Jual Durian Sebiji RM500, Tak Sangka Ada Menteri Call Nak Beli

Fi Durian

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.