Tindakan memberi sedekah kepada golongan yang lebih memerlukan mungkin bukanlah satu perkara yang aneh tapi perbuatan seorang lelaki ini pula menjadi perdebatan netizen sebab cara pemberian sedekahnya memang tak pernah dibuat orang.
Memetik laporan SuaraSumbar.id, insiden yang dipercayai berlaku di Mushola Al Mukhtar, Pekalongan Selatan, Jawa Tengah viral setelah ia dikongsikan ke media sosial. Menerusi boomerang terbabit, dapat dilihat ada dua orang lelaki berada di atas bumbung sebuah surau.
Salah seorang daripada mereka kemudiannya berdiri lalu melemparkan beberapa keping wang kertas ke arah kumpulan orang ramai yang berkumpul di bawah. Sumber menyatakan orang ramai itu terdiri daripada anak yatim.
Korang boleh tengok boomerang tu kat bawah ni:
https://www.instagram.com/p/ChCO0nTFj-T/?hl=en
“Niat dah baik tapi cara yang dilakukan lain macam pula. Takut jatuh riak,” – netizen
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial nyata tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan dua individu terbabit. Meskipun niat mereka baik iaitu untuk bersedekah, netizen mengatakan ada cara yang lebih baik untuk melakukannya.
“Menurutku, tak sopan… Apa salahnya diberi satu persatu duit tu pada anak yatim?” komen netizen.
“Benda baik tapi dah jadi kecaman pula sebab caranya. Baik kasi satu-persatu anak yatim tu duit sedekah tu baik-baik. Bukan dilempar macam bagi ikan makan,” tulis pengguna lain pula.
“Niat bersedekah dah baik tapi caranya tu… Dah macam riak pula,” kata netizen lain pula.
Sumber: SuaraSumbar.id
Baca: Graduan Master Berhenti Kerja Sebagai Saintis Demi Menjadi Badut Untuk Hiburkan Anak Yatim, Pesakit