in

“Badrul Bisu, Multitalented!” – Watak Badrul Dalam Drama ‘Kampung People’ Takda Dialog, Tapi…

Featured Image Kg People

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar tak tentang drama kampung people? Katanya drama tu tengah trending sekarang ni.


Okaylah, kalau tak pernah dengar, mari sini admin kongsi sikit pasal drama ni.

Drama Kampung People ialah sebuah siri drama televisyen bagi tahun 2019 dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures. Drama ini juga bergenre drama keluarga.

Pelakon Kampung People
Gambar hiasan

Ia turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, dan Hun Haqeem serta ramai lagi.

Namun begitu, apa yang menariknya bagi drama ini adalah melalui seorang watak yang dikenali sebagai Badrul bisu atau nama sebenarnya adalah Shahril Sarjen. Baru-baru ni watak ini tular di laman Twitter.

Dalam drama ini juga, watak Badrul tidak mempunyai dialog kerana dia perlu melakonkan watak individu yang bisu.

Namun begitu, rupa-rupanya, Badrul ini bukan hanya membawa watak bisu sahaja, tapi, dia juga merupakan orang yang membakar kek pandan yang menjadi salah satu menu dalam drama itu.

Selain itu juga, Badrul turut membuat kek sempena ulang tahun Imran atau Yummy di dalam drama itu juga.

View this post on Instagram

Teka sapa buat kek Yummy yang tak boleh makan ni? @kamaruleqif @kamarul_eqfa @shahrilsarjen #kampungpeople @dramasangat #dramasangat

A post shared by Wan Hasliza Wan Zainuddin (@wanhaslizawz) on

Laut I Miss You

Bagi yang penonton setia drama ini, mungkin korang pernah dengar akan tajuk novel Laut I miss You, ambiklah suamiku ini, pulangkan lah suamiku, pinjamkan lah suamimu.

View this post on Instagram

Cer teka buku sape nih ? Hehehehe

A post shared by Shahril Sarjen (@shahrilsarjen) on

Novel-novel tersebut dikatakan telah di cipta oleh Badrul dan ia merupakan props semata-mata bagi drama tersebut.

Tapi ada yang kata novel tu pernah di terbitkan sebelum ni? Hurm, admin pun kurang pasti pasal itu.

Badrul juga ada menjual sabun Biojen dalam drama itu. Hah, sabun tu pun real tau. Bukannya props semata-mata. Di luar bidang lakonan, Badrul sememangnya menjual sabun itu.

Wah, memang multitalented la Badrul ni. Korang pun jangan ingat dia bawa watak bisu tu mudah. Semoga lepas ni Badrul terus berkarya ye.

 

Baca: “Aksi mesra bukan gimik naikkan rating drama” – Pengarah Drama Nafi Letakkan Adegan ‘Panas’ Zul Ariffin & Intan Najuwa

Oaj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.