in

Ayu ‘Lari’ ke Thailand Tinggalkan Abe….

Page 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru je minggu lepas peraih getah yang kahwin dengan gadis 11 tahun memberitahu  dia sudah hantar isteri ketiganya ke dalam hutan sebab tak tahan kena hina. Terbaru, Ayu dikatakan dah pun ‘lari’ ke Thailand meninggalkan suaminya di Malaysia.


3 6
sumber: utusan

Menurut Harian Metro, lelaki tersebut, Che Abdul Karim Che Hamid pun terkejut apabila dimaklumkan tentang laporan akhbar mengenai ‘kepulangan’ Ayu ke negara asalnya.

“Saya tidak tahu pun yang isteri muda saya sudah berada di Thailand. Baru minggu lalu, saya pindahkan dia bersama ibu bapanya ke kawasan pedalaman.”

Y1
sumber: blog

“Katanya lagi, hingga ke hari ni, dia tak dapat menghubungi isterinya selepas memindahkan kanak-kanak itu bersama ibu bapanya di kebun getah di Gua Musang.

“Kali terakhir, saya berjumpa dengannya pada minggu lalu selepas menghantar mereka ke sebuah rumah di pedalaman dan sejak itu, saya tidak dapat menghubungi dia mungkin kerana liputan telefon agak sukar di sana.”

Jelasnya, apa yang dia tahu isteri dan keluarganya pulang ke Thailand seminggu sebelum dia pindahkan mereka untuk renew dokumen perjalanan yang sudah pun tamat tempoh.

Image 1 2
sumber: utusan

“Bagaimanapun, jika betul isteri saya berada di sana (Thailand), saya redha dan menerima ‘pemergiannya’ itu kerana mungkin jalan terbaik buatnya dan juga untuk keselamatan dirinya.”

Menurut Kosmo pula, Ayu telah dihantar semula ke Thailand kerana mendapat perhatian ramai mengenai perkahwinannya. Gabenor Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand mengatakan kanak-kanak itu kembali semula ke tanah air selepas menerima tekanan hebat daripada media Malaysia.

Ayu juga dilaporkan menjalani kaunseling akibat tekanan dengan perhatian yang diberikan terhadap kesnya.

Image 2
sumber: kosmo

Che Abdul Karim memberitahu bahawa dia berharap agar pihak di Thailand akan menjaga isterinya dengan baik.

“Jika difikirkan, elok juga isteri saya berada di situ (Thailand) kerana dia dapat belajar apa-apa yang perlu berbanding di sini kerana dia pernah dihina menyebabkan saya terpaksa memindahkan dia.

“Dia juga akan terbiar di sini dan tidak dapat mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. Jabatan Kebajikan Negeri Kelantan (JKM) juga tidak dapat membantunya kerana dia adalah warga asing.”

Sementara itu, perkahwinan kanak-kanak itu dilaporkan tidak diiktiraf mengikut undang-undang sivil Thailand yang majoriti penduduknya penganut Buddha.

Aduhai, macam-macam yang Ayu kena lalui.

Baca: Suami Pindah Isteri 11 Tahun Dalam Hutan!

Page 1 758X401 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.