in

“Ayah hanya pemandu trak” – Anna Delvey : ‘Gebang’ Jadi ‘Socialite’ Sampai Bank Terpedaya Bagi Loan Bisnes & Hidup Mewah

Anna Delvey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tak circle of friends korang, tak kira lah masa study atau kerja ni wujud seorang yang jenis gebang kuat.


Maknanya disini, kata diri mereka anbak somebody, banyak cable, anak terpengaruh tapi banyak selindung perkara, sampai korang jadi was-was dengan dia?

Perangai macam ni memang wujud, salah seorangnya seperti gadis yang bernama Anna Delvy ini. Tapi dia ni memang another level punya gebang, nak tahu apa penipuannya sampai orang habiskan ribuan dollar? Ini kisahnya….

 

Nama sebenar, Anna Sorokin

Anna Sorokins Scams Began Soon After Her Arrival In The Us As Which She Insinuated Herself Into High Rolling New York Social Circles

Tinggal di rumah high class di New York City dan usahawan muda yang menjana harta yang banyak, itu adalah antara penipuannya sampai orang terpedaya bahawa dirinya ini adalah seorang socialite yang kaya raya di New York.

Penipuannya itu membuatkan ramai memang percaya yang dia adalah seorang anak hartawan. Nama Anna Delvey itu adalah nama palsu, nama sebenarnya adalah Anna Sorokin.

Sedikit latar belakang mengenai Anna, menurut sumber thecut.com, Anna dilahirkan di Russia pada tahun 1991, pada tahun 2007, keluarganya berpindah ke Germany, Anna pada waktu itu berumur 16 tahun.

Dia graduate pada tahun 2011 sebelum berpindah ke London untuk melanjutkan pelajaran ke Central Saint Martins Art School. Ayahnya bekerja sebagai pemandu trak sebelum bertukar kerja menjadi seorang pegawai di sebuah syarikat pengangkutan, kemudian buat bisnes kecil-kecilan.

Anna

Anna datang daripada keluarga yang berserdehana, ketika di peringkat sekolah menengah rakan sekelas mengatakan kepada sumber bahawa Anna ini seorang yang pendiam.

Namun, semasa melanjutkan pelajaran di London, Anna tidak belajar sampai habis dan pulang balik ke Germany. Anna kemudiannya bekerja sebagai seorang intern di sebuah syarikat perhubungan awam di Berlin sebelum bertukar tempat intern di Paris pada tahun 2013 di sebuah syarikat majalah fesyen yang bernama Purple.

Dari sini, dia mula berkawan dengan ‘orang-orang penting’ dalam syarikat majalah tu termasuklah pengasasnya sendiri yang bernama Oliver Zahm,

Dengan jalinan hubungan yang baik, dia banyak pergi parti-parti socialite, pada waktu ini, Anna dah mula jatuh cinta dengan life baru dia. Maka, ‘lahirlah’ Anna Delvey.

 

Mula jadi Anna Delvey masa pindah New York, sebagai gadis ‘elite’

Anna2

Setelah sekian lama, Anna membuat keputusan untuk berpindah lagi ke New York, sesampainya disitu, dia menggunakan identiti baru iaitu Anna Delvey, seorang wanita elite dan anak somebody.

Dengan mudahnya dia berjumpa dengan ramai orang dan mula lah kisah-kisah gebangnya seperti, mempunyai dana dari luar negara sebanyak 60 juta pound, sebab ayah seorang yang kaya raya, ayahnya ada banyak cara jana wang.

Antaranya , ayah seorang diplomat Russia, pengumpul barang antik Russia, mempunyai satu perniagaan besar seperti minyak dan tenaga solar. Ia bergantung kepada orang yang Anna bercakap.

Selain itu, dia juga mengatakan kepada orang-orang yang dia bersua bahawa azam dia adalah mahu buka satu yayasan seni dengan menggunakan dana yang orang tua mereka jana.

Katanya lagi, dia mahu jadikan satu bangunan yang dinamakan Church Mission House, dimana ia adaah satu bangunan bersejarah di New York sebagai tempat members-only club (pendek kata cuma orang-orang tertentu lah macam golongan elite) yang mempunyai kelab malam, bar, galeri seni, ruang studio dan restoran dan di nak namakan tempat ini sebagai The ADF yang bermaksud, The Anna Delbey Foundation.

Fpwa Building
Church mission house, new york

 

Antara contact orang-orang elite yang jadi mangsa ‘gebang’ Anna

Tahun 2013, dia ada contact seorang lelaki bernama Billy McFarland yang merupakan salah seorang scammer terbesar di New York. Dia memiliki sebuah kondominium  yang dinamakan Magnises Townhouse .

Billy Mcfarland Entrepreneur 2014 Cropped
Billy mcfarland

Magnises Townhouse ini adalah satu port yang ellite member sahaja yang ada akses untuk masuk ke townhouse ini. Setelah, Anna adalah salah seorang member dalam townhouse ini, dia tinggal disitu dalam 4 bulan bila dah pindah ke New York.

Berbalik kepada cerita Anna, setiap kali dia travel dia akan beritahu itu adalah urusan bisnes dengan pelabur terkenal dunia seperti Bill Gates dan Warren Buffet .

Anna juga ada kenalan yang bernama Michael Xufu Huang, seorang pemilik galeri seni di China, Huang ini memang seorang usahawan muda yang legit.

Michael Xufu Huang Interview 900X450 C
Michael xufu huang

Anna dan Huang travel ke Itali bersama, namun bila dah sampai ke Italy, dia buatkan Huang bayar semua benda Pendek kata, suruh Huang bayar dulu, nanti dia bayar balik, padahal…hurmm…

Anna akan berikan alasan wallet dia ada dalam bagasi, ada problem nak keluarkan duit bila ada di luar negara dan macam-macam alasan lagi dia guna. Taktik ini dia akan selalu guna kepada sesiapa sahaja yang ada dengan dia.

Selain Huang, seorang peguam juga yang bernama Andy Lance turut menjadi mangsa manis mulut Anna.

Andy

Andy adalah individu yang bertanggungjawab dalam membantu Anna untuk berurusan dengan Citibank dan Fortress untuk dapatkan loan untuk Anna.

Dia memberitahu bank bahawa dana Anna disimpan di luar AS, tetapi dana tersebut akan disokong sepenuhnya oleh akaun bank Swiss dan beberapa akaun bank UBS juga,

Pada November 2016, dia ada hantar dokumen dekat Citibank (tempat dia nak apply loan) mengatakan bahawa dia ada 60 juta dollar dalam bank akaun luar negara. Wow sampai bank pun dia nak gebang, tapi tunggu dulu….

Dia nak memohon pinjaman 22 juta dolar dan Citibank mempercayainya!  Citibank terus mengirimkan kredit 100,000 untuknya, di mana dia kemudian menamatkan perkhidmatan ke Fortress (salah satu bank di US) untuk menampung 100,000 bayaran yang sewajarnya. Mungkin dia dah guna.

Dia kemudiannya menarik balik borang permohonan pinjaman dengan Fortress dan dipindahkan 55,000 dolar ke akaun Citibank yang dia digunakan untuk perbelanjaan peribadi.

Pada asasnya, dia selalu mencari jalan untuk menarik wang atau memindahkannya untuk mengaburi sistem dengan tricks dia sendiri dan berakhir dengan wang cash dekat tangan dia.

Jadi ini adalah cara dia selalu mempunyai banyak wang tunai kepadanya. Dia tidak mempunyai kad kredit.

 

Lifestyle mewah

Dia menyewa sebuah bilik yang sangat mewah di 11 Howard Hotel di bandar New York dan hotel ini dimiliki oleh orang yang sama dengan mana Anna ingin tubuhkan yayasannya itu (Church Mission House).

Oleh kerana dia kenal pemilik hotel dan mereka akan melakukan perjanjian bernilai jutaan dolar ini, dia meyakinkan owner untuk membiarkannya tinggal di hotel itu dan hanya bayar dengan wang tunai, tanpa kad kredit (biasanya tempat-tempat mahal mesti pakai kad kredit).

Selain itu, dia akan makan di restoran yang sangat mahal sepanjang masa di dalam hotel bernama Le Coucou dan dia hanya akan meminta mereka masukkan bil  ini ke biliknya untuk makanan ini sebab dia selalu makan disitu.

Jadi pada bulan April 2017, baki wangnya semakin kurang dan dia tidak mempunyai aliran wang masuk ke dalam akaunnya.

Anna9

Oleh itu, dia memutuskan untuk mendepositkan pinjaman bernilai 160,000 dolar dan dia dapat mengeluarkan 70,000 dolar sebelum bank dapat hidu.

Pada masa yang sama, 11 Hotel Howard menyedari bahawa Anna tidak mempunyai kad kredit, tetapi ada jumlah bil terlalu tinggi yang belum dibayar di tabnya dan mereka mula risau.

Oleh itu pihak hotel datang kepadanya untuk memberitahu hal ini, mereka mengatakan bahawa dia perlu membayar bilnya atau dia akan diusir keluar dari hotel.

Anna boleh respon, jangan risau, dia sudah melakukan ‘wired transfer’ (online transfer atau tunai) dan tengah pending, siap mengampu dengan mengatakan dia mempunyai pakej yang akan datang untuk mereka dan ketika pakej ini sampai, ia tidak diisi dengan wang, ia dipenuhi dengan alkohol dan arahan untuk membaginya kepada kakitangan.

Entah bagaimana, Anna akhirnya mendapat wang dari Citibank sebanyak 30,000 dolar untuk bayar bil hotel Howard.

Walaupun dia telah membayar Howard Hotel, mereka merasa ada yang tidak kena pasal Anna. Jadi ketika Anna tak ada di bilik, staf hotel pergi ke biliknya, bungkus semua barang, kemas  dan halau Anna.

 

Bercuti ke Morroco, tapi akhirnya orang lain kena bayarkan

Menjelang akhir bulan Jun 2017, Anna Memutuskan untuk buat ‘trip‘ ke Morrocco bersama salah seorang rakannya. Dia juga memutuskan untuk membawa pelatihnya, jadi tiga dari mereka menuju ke Morocco dan mereka check in di tempat yang sangat mewah.

Dia tahu bahawa kedua-dua rakannya tidak mampu membayarnya, dan akhirnya dia membayar segala-galanya ketika mereka berada di sana, tiba-tiba trainer itu beri nak meninggalkan hotel (kerana ada sebab tertentu).

Anna3

Ketika dia  nak balik dan check out sendiri, pekerja staff mendapati bahawa Anna tidak mempunyai kad kredit dalam fail, jadi mereka tidak mahu biarkan trainer Anna pergi sehingga salah seorang daripada mereka hulurkan kad kredit.

Oleh itu, berlaku lah pertengkaran antara mereka berdua, Anna benar-benar marah, sangat kecewa perkara ini berlaku dan dia memberitahu Rachel bahawa :

“Saya tidak mahu tahu apa yang terjadi dengan dana saya. Saya tidak tahu apa yang berlaku, boleh tak kau bayar dulu dan aku akan membayar balik dalam masa seminggu?”

Rachel (pelatih Anna) yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa lah bayar bils ebanyak 62.000 dolar.

 

Check in hotel mewah lain, guna taktik sama

Anna8

Bila  Anna kembali dari Morocco dia pergi ke sebuah hotel baru bernama The Beekman. Sehingga 20 hari dia tinggal, sekali lagi, dia tak membayar apa-apa sampai bil hotel jadi 12,000 dolar.

Dia telah memberi mereka alasan yang sama bahawa dia melakukan transfer bank dan ia sdang diproses walhal tak ada pun dan dia tidak mempunyai kad kredit yang berfungsi. Oleh itu, mereka larang Anna masuk bilik dan mengusirnya.

 

Saat ‘kejatuhan’

Anna7

Pada ketika ini, dia hampir kehilangan tempat tinggal, bukan hanya itu tetapi ruang yang sepatutnya dibelinya (yayasan seni) akhirnya telah dijual kepada orang lain.Tidak lama sebelum tuduhan itu mulai mengejarnya.

Pada bulan Julai 2017, Anna menghadapi tiga tuduhan besar kerana mencuri perkhidmatan (theft of services, untuk mudah faham, tak bayar bill).

Pada Oktober 2017, dia ditangkap, dan pada saat ini pihak berkuasa telah mengumpulkan semuanya dan dia menghadapi 6 tuduhan grand larceny ( dlam undang-undang US, ia adalah  satu jenayah pencurian harta peribadi yang mempunyai nilai melebihi jumlah yang ditentukan secara sah) dan theft of sevices.

Perbicaraannya bermula pada 20 Mac 2019, pertahanannya cukup lemah kerana tidak banyak yang dapat mereka katakan, penguam bela hanya berusaha mengatakan bahawa dia orang yang baik. Dia perlu membeli masa untuk membayar semua hutang itu.

Anna6

Jelas sekali, juri tidak menerimanya dan pada 25 April 2019, Anna didapati bersalah atas 3 tuduhan grand larceny, 4 tuduhan theft of services , dan 1 tuduhancubaan untuk grand larceny.

Ketika ini, semuanya terbongkar bahawa Anna tidak mempunyai satu sen dana pun. Ia adalah kebohongan besar bahawa dia berasal dari keluarga yang banyak duit.

Seperti disebutkan sebelum ini, ayahnya adalah pemandu lori dan ibunya memiliki sebuah kedai kecil.

Pada 8 Mei 2019, dia dijatuhi hukuman 4 hingga 12 tahun penjara negara dan denda 24,000 dolar dan juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi sekitar 200,000 dolar.

 

Sumber: Instagram
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.