Tidak kiralah jual pada harga tinggi atau rendah, tetap juga ada pelanggan yang tidak puas hati dengan harga yang ditawarkan.
Sama seperti luahan seorang peniaga nasi bajet di laman X, dia berkongsi pengalaman mengenai seorang pelanggan yang datang ke gerainya di Kota Damasara.
Menurut Nurul Shima, pelanggan itu bertanya tentang harga dan cara penyediaan nasi bajet berlauk yang dijualnya.
“Dia tanya, ‘3.50 satu ke?’ Saya pun ya. Dia tanya lagi ‘lauk asing atau campur nasi?’ Dan saya pun jawab la lauk asing,” katanya.
Tidak semena-mena, dia ditegur pelanggan itu kerana menjual nasi bajet dengan harga rendah dan mendakwa peniaga ini telah menutup periuk nasi peniaga lain.
“Awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke? Kalau awak jual harga gini, macam mana peniaga lain nak hidup? Mesti orang beli kat awak sebab murah. Awak kena naikkan harga jadi 4.50, kena selarikan nasi rahmah,” kata pelanggan itu.
Walaupun terkedu dengan teguran itu, dia hanya membalas dengan senyuman dan menawarkan sebungkus nasi bajet percuma untuk pelanggan terbabit.
Datanglah seorang Hamba Allah ke gerai nasi bajet baru-baru ni.
“3.50 satu ke?”, tanya dia. Saya pun ye.
Dia tanya lagi “lauk asing atau campur nasi?” Dan saya pun jawab la lauk asing.Dan dia pun tanya lagi. Sampai la ke peringkat saya terkedu kejap bila dia cakap:
“Awak ni… pic.twitter.com/vCTmGlM4ah
— Nurul Shima (@NurulShima_3) January 17, 2024
Perkongsian itu meraih perhatian ramai, rata-ratanya memuji tindakan peniaga ini yang tenang menghadapi kerenah pelanggan.
Pada masa yang sama, netizen mengharapkan Shima dapat mengekalkan harga jualan dalam beberapa tahun lagi walaupun peniaga lain menaikkan harga.
Jelas Nurul Shima, harga nasi bajet itu dikekalkan sejak tahun 2020 dan dia hanya berniaga pada waktu petang sahaja di tepi jalan yang tiada peniaga lain.
“Akak niaga petang sahaja. Gerai tepi jalan yang tak ada jiran peniaga kiri kanan pun. Tak kacau langsung peniaga lain terutama yang jual nasi tengah hari.
“Akak pun dah niaga nasi bajet ni sejak 2020. Harga masih sama, tak naik-naik pun. Kita dapat beli barang murah, jual murah. Untung ada la juga, bukan nak rugi,” jelasnya.
Sementara itu, netizen turut mendoakan peniaga ini dimurahkan rezeki dan memberi kata semangat kepadanya untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif yang diterima.
Sumber: X