in

Aum Shinrikyo: Kelas Yoga Bertukar ‘Cult’ Yang Kemudian Lakukan Serangan Gas Sarin Di ‘Subway’ Tokyo 1995

Aum Shinrikyo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin tak ramai orang yang familiar dengan dua nama ini, tapi bagi penduduk Jepun, nama Shoko Asahara dan cult Aum Shinrikyo kekal menjadi salah satu episod hitam yang pernah melanda negara matahari terbit itu.


Bermula sebagai sebuah kelas yoga yang menggabungkan Tibetan Buddhism dan Hiduism serta mengalakkan kesedaran spiritual, bagaimanakah kumpulan ini berjaya menempa nama sebagai salah satu cult paling berbahaya dan dikenali di dunia?

Latar belakang pengasas ‘cult’ Aum Shinrikyo

Shoko Asahara 768X514 1 E1629006132468

Segalanya bermula dengan pengasas cult Aum Shinrikyo. Dilahirkan dengan nama Chizuo Matsumoto pada 2 Mac 1955, lelaki ini mula menggelar dirinya dengan nama Asahara sekitar tahun 80an sejurus tamat sekolah pada umur 19 tahun dan mempelajari akupuntur.

Asahara dilahirkan dalam keluarga miskin. Dia mempunyai 9 adik-beradik dan keluarganya menyara hidup sebagai pembuat topi jerami di Kyushu.

Photo L 1 E1629006530436

Untuk pengetahuan, Asahara ni dilahirkan separuh buta. Jadi, dia telah dihantar ke sekolah asrama kerajaan untuk kanak-kanak buta pada usia enam tahun dan disitu, dia mula bertukar menjadi seorang pembuli.

“Pada dia (Asahara) keganasan ni macam hobi. Bila dia marah, tak akan ada cara lain untuk hentikan dia,” terang seorang bekas rakan sekelasnya.

Meskipun mempunyai reputasi sebegitu sejak di bangku sekolah, Asahara mempunyai karisma tersendiri dan pandai memanipulasi orang sehingga dia berjaya mengumpul ribuan pengikut.

Sejurus tamat sekolah, Asahara mula menjual ubatan herba bagi menampung keluarga. Pun begitu, Asahara sedar kerjayanya itu tak mampu menyara kehidupannya lalu mula terjebak dengan perniagaan-perniagaan lain sebelum akhirnya dia disahkan bersalah mempraktikkan farmakologi tanpa lesen pada taun 1981.

Lapor sumber, ketika inilah Asahara mula menunjukkan minat kepada dunia mistik dan hal-hal spiritual.

Pembentukan Aum Shinrikyo

102403310 Mediaitem102403307 E1629006402516

Kelas yoga pimpinan Asahara mula diasaskan pada tahun 1984 dan menjelang tiga tahun selepas itu pada 1987, kumpulan itu dinamakan Aum Shinrikyo yang kemudiannya mendapat pengiktirafan rasmi Jepun sebagai organisasi keagamaan dua tahun kemudian.

Namun begitu, lama-kelamaan, ideologi yang disebarkan Asahara dalam kumpulan ini boleh berubah ke arah radikal. Asahara mula mendakwa dirinya sebagai jelmaan semula Buddha. Malah, dia dan pengikutnya percaya bahawa bencana tak dapat dielakkan dan perang dunia ketiga akan berlaku antara Jepun dan Amerika Syarikat. Mereka percaya hanya pengikut setia Aum Shinrikyo sahaja yang akan terselamat, lapor The Independent.

会見するオウム真理教の麻原彰晃ら E1629006654462

Difahamkan, semasa zaman kegemilangannya, Aum Shirinkyo mempunyai ribuan pengikut yang bukan sahaja datang dari Jepun malah, ada juga yang berasal dari Rusia.

Pengikut-pengikut Asahara ni juga bukan orang biasa-biasa. Ramai pengikut dari Jepun adalah pelajar-pelajar dari beberapa universiti ternama di negara itu. Lapor BBC, kebanyakan mereka adalah warga belia yang tertekan dengan pelajaran dan mempunyai kerjaya yang banyak memberikan tekanan. Ramai yang menyertai Aum Shirinkyo untuk mendapat hidup yang lebih bermakna.

Aum Shirinkyo mula diiktiraf sebagai ‘cult’ oleh kerajaan Jepun.

Aum Shirinkyo mula mencuba nasib untuk bertapak dalam dunia politik dengan harapan mereka dapat mempengaruhi kerajaan. Walau bagaimanapun, selepas mencuba banyak kali dan gagal, kumpulan itu mula mengabaikan impian politik mereka.

Ketika ini juga, Aum Shirinkyo mula mengumpul senjata-senjata yang kebanyakannya adalah dari Rusia. Mereka juga menjalankan perdagangan narkotik haram untuk mengumpul dana selain meminta sumbangan daripada pengikut-pengikutnya.

Pada dunia luar, Aum Shirinkyo mendakwa mereka sedang membuat bahan-bahan cetakan kumpulan yang akan diedarkan, tapi hakikatnya, mereka sedang menghasilkan gas saraf zaman Nazi yang dikenali sebagai gas sarin.

Serangan gas sarin di ‘subway’ Tokyo pada tahun 1995

Kasumigaseki Station 768X576 1 E1629006215639

Pada 20 Mac 1995, Jepun digemparkan dengan insiden serangan gas sarin yang sengaja dibebaskan di dalam stesen kereta api bawah tanah atau subway ketika waktu kemuncak di Tokyo.

Serangan yang dilakukan lima orang ahli cult Aum Shirinkyo itu telah mengakibatkan kematian 13 orang manakala lebih 5,000 penumpang kenderaan awam itu cedera. Kebanyakan mangsa yang masih hidup dilaporkan masih mengalami kesan sampingan akibat serangan itu.

Tokyo Subway Attack E1629006261540

Memetik sumber, kelima-lima suspek itu memakai pelitup muka dan membawa beberapa paket mengandungi cecair sarin yang dibalut dengan surat khabar. Difahamkan, setiap beg yang dibawa mereka dianggarkan mempunyai hampir satu liter cecair sarin.

Selain itu, mereka juga membawa payung yang mempunyai bucu tajam untuk digunakan bagi menebuk lubang pada paket sarin sebelum mereka meninggalkan lokasi.

Pembebasan gas sarin di kawasan terbabit mengakibatkan panik tercetus. Ramai yang mula sesak nafas, mengalami mulut berbuih dan mula batuk berdarah. Dikhabarkan pasukan kecemasan membawa 688 orang awam ke hospital-hospital tempatan manakala 5,510 yang lain datang ke institusi perubatan secara sendiri.

Penangkapan Asahara

Shoko Asahara Recent 768X507 1 E1629006295994

Pada 16 Mei, pengasas Aum Shirinkyo, Asahara Shoko ditahan pihak berkuasa tempatan selepas satu serbuan mendedahkan kumpulan itu menyimpan senjata biologi yang mampu membunuh jutaan orang di pangkalan mereka.

Pun begitu, serbuan polis tidak membantutkan misi Aum Shirinkyo yang cuba untuk menjalankan beberapa plan berbahaya pada kenderaan awam. Namun kesemuanya berjaya dipatahkan.

Akhirnya, pada 6 Julai 2018, Asahara Shoko dan enam ahli Aum Shirinkyo yang lain menerima hukuman mati. Ada juga diantara mereka yang dihukum penjara seumur hidup.

Apa jadi dengan Aum Shirinkyo?

Meskipun dengan jenayah yang berat, kumpulan Aum Shirinkyo tidaklah dibubarkan serta-merta. Jurucakap kumpulan ini mendakwa mereka sudah menjauhkan diri daripada ideologi yang disebarkan Asahara sebelum ini.

Walaupun Aum Shirinkyo sudah menukar nama mereka kepada Aleph dan telah membayar pampasan kepada mangsa-mangsa, kumpulan itu masih lagi dipantau ketat oleh polis Tokyo.

Sumber: ATI, The Independent, BBC

Baca: “Ayah Pin versi baru” – Ajaran Sesat Baru Kini Bertapak di Lembah Klang, Gabung Semua Agama Dalam Satu Kuil

Kuil Agama E1629006024138

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.