Semalam, satu kemalangan membabitkan empat buah kenderaan; sebuah lori, sebuah kereta Proton Wira, sebuah kereta Toyota Vios dan sebuah Proton Preve dilaporkan berlaku di Kilometer 45.7, Lebuh Raya Selatan arah selatan.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.47 malam tadi itu setakat ini sudah meragut dua nyawa; Nurul Nazihah Kamalul Ariffin, 28, dan seorang lagi identitinya yang masih belum dikenal pasti.
Menerusi satu akaun Facebook rakan kepada Allahyarhamah, mangsa baru sahaja pulang dari umrah seminggu sebelum kejadian.
Arwah juga ada berkongsi beberapa gambar menerusi akaun Instagram mengenai perjalanan umrah yang dilalui bersama keluarga.
https://www.instagram.com/p/CjDOINrB817/
Menurut rakan Allahyarhamah, arwah ada mengirimkan WhatsApp meminta doa agar dipermudahkan urusan disana dan sempat bertanya jika ada yang mahu menyampaikan doa di sana.
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik baiknya penolong kami” – Arwah
Berkongsi lagi menerusi posting sama, rakan Allahyarhamah memberitahu dia baru sahaja beberapa jam melihat status arwah di WhatsApp yang meminta agar dipermudahkan urusan menemani suaminya.
“Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam sebelum tu tengok status arwah di whatsapp, arwah ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client untuk urusan medical card & hibah,dan arwah juga ada selitkan ayat“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik baiknya penolong kami”.
Sumber: FB Syafiq Shariff
Baca: “Truly Unsung Heroes” – Kemalangan Di Tambak Johor, Ramai Kagum Lihat Orang Awam Bantu Polis Trafik