in

Arif Aiman Lakar Sejarah, Duduki Ranking Keempat Statistik Gelecekan Liga Divisyen Utama Global

Arif Aiman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Mohd Hanapi terus mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila disenaraikan sebagai pemain keempat terbaik dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama berdasarkan data yang dikeluarkan platform statistik bola sepak, Sofascore.

Pencapaian itu lebih bermakna apabila tonggak Johor Darul Ta’zim berusia 23 tahun tersebut muncul sebagai satu-satunya pemain dari Asia yang tersenarai dalam kelompok elit berkenaan.


Screenshot 2026 01 04 At 11.23.36 Am

Artikel berkaitan: Nilai Arif Aiman Kini Mencecah RM1.84 Juta, Catat Pemain Muda Termahal Di Malaysia

Artikel berkaitan: Mental Faisal Halim Tak Terganggu, Kekal Fokus Dalam Bola Sepak – Pengurus Harimau Malaya

Sepanjang musim ini, Arif Aiman merekodkan 224 gelecekan berjaya hasil daripada 35 perlawanan, sekali gus mengatasi pemain sayap Manchester City, Jeremy Doku yang mencatatkan 212 gelecekan berjaya dalam 52 perlawanan.

Kedudukan teratas dikuasai bintang muda Barcelona, Lamine Yamal dengan 307 gelecekan berjaya daripada 61 perlawanan, diikuti pemain Brazil, Guilherme Smith yang merekodkan 251 gelecekan dalam 25 penampilan, manakala penyerang Honduras, Jose Mario Pinto berada di tangga ketiga dengan 238 gelecekan daripada 53 perlawanan.

Screenshot 2026 01 04 At 11.23.21 Am

Sementara itu, Arif Aiman kini menjalani tempoh pemulihan selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan beliau menjalani pembedahan oleh pakar perubatan sukan terkenal, Lasse Lempaine.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.