in

“Apsal tak saman lori sebelah juga?” Kereta Kena Clamp, Lana Nordin Berang Penguat Kuasa Pilih Kasih

Lana Nordin Berang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, menjadi kesalahan apabila meletakkan kenderaan di bahu jalan dan boleh dikenakan saman oleh anggota penguat kuasa tempatan.


Baru-baru ini, pelakon Lana Nordin meluahkan rasa bengang terhadap anggota penguat kuasa yang didakwa pilih kasih kerana bertindak clamp keretanya kerana meletakkan kenderaan bukan di tempatnya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Lana menyatakan rasa tidak puas hati apabila hanya kenderaannya sahaja dikenakan saman sedangkan terdapat kenderaan lain di situ tetapi tidak dikenakan tindakan.

Artikel berkaitan: “Apa yg dia buat ni tak betul” – Kecoh Pasal Tak Puas Hati Dengan DG Hisham, Lana Nodin Buka Mulut…

Artikel berkaitan: “Memalukan” – Motor PDRM Kena Tunda Sebab Letak Dekat ‘Parking’ OKU

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, berkata, ketika kejadian dia ingin ke sebuah bank bagi tujuan mendepositkan sejumlah wang secara sendirian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

Dia mendakwa sudah mencari tempat letak kenderaan di kawasan terbabit tetapi semuanya penuh. Justeru, dia terpaksa memarkir kereta berdekatan bank terbabit kerana bimbang dengan keselamatannya yang membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.

“Bila aku keluar daripada bank masa tu tak kena saman lagi dan aku explain kenapa aku parkir di situ. Dengan muka sombong berlagak, dia kata kalau ikutkan satu minit kena clamp,” katanya.

Screenshot 2024 02 07 134548

Susulan itu, dia merasakan tindakan penguat kuasa terbabit seperti berat sebelah dalam menjalankan tugas.

“Apsal kau tak saman atau clamp juga lori atau orang yang parkir sama tempat dengan aku? Alasan kau sebab ada orang dalam kereta.

“Apa beza aku yang letak kereta dekat situ tak sampai lima minit kau clamp,” katanya.

Dalam hantaran video itu, Lana merakam dua orang penguat kuasa mengira wang RM1 yang diserahkannya untuk membayar saman buka clamp kereta sebanyak RM150.

Justeru, Lana meminta penjelasan berhubung tindakan anggota penguat kuasa terbabit yang disifatkan pilih kasih.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.