in

Aplikasi Bondee ‘Scam’ Duit Pengguna? Metadream Tech Tampil Beri Kenyataan

Aplikasi Bondee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang gemar menghabiskan masa secara atas talian, anda pasti pernah dengar mengenai aplikasi Bondee yang semakin popular.

Aplikasi yang seakan-akan Habbo Hotel atau The Sims ini mempunyai pelbagai fitur unik yang berjaya menarik minat warganet. Bukan itu sahaja, avatarnya yang comel juga telah menjadi daya tarik utama aplikasi Bondee ini.


Tetapi, keseronokan ini tidak lama. Baru-baru ini, ada pengguna yang melaporkan bahawa aplikasi ini telah mengecas kad debitnya tanpa izin. Menurut pengadu, kad debitnya yang dipaut pada akaun Google Play Store telah digodam.

Rentetan peristiwa ini, ramai yang telah bertindak memadam aplikasi ini daripada telefon bimbit masing-masing kerana takut wang mereka akan ditolak secara tiba-tiba.

Bondee beri kenyataan, nafi khabar angin

Disebabkan berita yang tular, Metadream Tech telah memuat naik satu kenyataan di media sosial mereka.

Menurut mereka, khabar angin tersebut adalah palsu dan tidak benar. Metadream Tech juga tidak mengumpul sebarang maklumat kad kredit pengguna.

Malah, buat masa ini, semua fitur yang boleh digunakan di dalam aplikasi Bondee adalah percuma.

Mereka juga tidak meminta pengguna memasukkan sebarang informasi kad kredit/debit masing-masing sebelum menggunakan aplikasi Bondee.

Tambah Metadream Tech lagi, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan maklumat yang tidak benar ini.

Aplikasi Bondee selamat

Aplikasi Bondee

Pada masa yang sama, Metadream Tech juga memberi jaminan bahawa sistem mereka dapat melindungi data pengguna daripada sebarang ketirisan.

Bondee merupakan satu aplikasi sosial yang popular di Singapura, Malaysia, Jepun dan banyak lagi negara lain.

Sebelum log masuk, aplikasi ini meminta informasi pengguna seperti nama, emel, password, nombor telefon dan tarikh lahir. Namun, ia tidak meminta sebarang informasi kad kredit.

Kini, aplikasi ini telah dimuat turun lebih daripada 1 juta kali di Google Play Store.

BACA: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bondee: Aplikasi Sosial Yang Kini Menjadi Kegilaan Ramai

Bondee 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.