in

Aplikasi AI Dari China Ini Raih Populariti Mendadak, Sebabkan Saham Amerika Jatuh Teruk

deepseek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak perlu diperkenalkan lagi, rata-rata antara kita pernah menggunakannya, malah menjadikan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau chatbot OpenAI menerusi ChatGPT sebagai kegunaan harian.

Namun, baru-baru ini kemunculan model AI dari China yang dikenali sebagai DeepSeek meraih populariti mendadak selepas pelancarannya pada awal Januari lalu.


Bahkan, AI China ini menjadi aplikasi percuma teratas di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China, meninggalkan ChatGPT di belakang.

Artikel berkaitan: “AI sangat luar biasa tapi…” – Dr Zulkifli Nyatakan ChatGPT Tak Sesuai Dijadikan Rujukan Agama

Artikel berkaitan: Ibu Ingin Saman Pencipta ‘Chatbot A.I’, Dakwa Jadi Punca Anak B*nuh Diri

Screenshot 2025 01 28 151419

Saham Amerika jatuh teruk

Susulan populariti DeepSeek, saham syarikat teknologi AS terutamanya Nvidia iaitu peneraju utama dalam sektor AI susut hampir AS$600 bilion, sekali gus menjadikan kerugian sehari terbesar dalam sejarah Wall Street.

Kejatuhan saham Nvidia turut memberi kesan besar kepada pasaran lain kerana syarikat itu mempengaruhi indeks utama.

Menurut laporan, DeepSeek dikatakan menghasilkan model AI mereka pada kos yang ribuan kali lebih rendah berbanding teknologi AS.

Pun begitu, dalam perkembangan lain, DeepSeek mengumumkan mereka terpaksa mengehadkan pendaftaran pengguna baharu akibat serangan siber ke atas perkhidmatan mereka.

Kemunculan DeepSeek dilihat sebagai titik perubahan besar dalam perlumbaan AI global, mencabar strategi berasaskan kos tinggi yang diamalkan oleh syarikat-syarikat teknologi di Amerika.

Yang dah guna DeepSeek, apa pandangan korang tentang AI dari China ni.

Sumber: IntradayAstro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.