in

“Apa perkara yang kamu belajar daripada pandemik ni?”- Jawapan Pelajar Ini Buat Mata Masuk Habuk

Fi Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air dicincang tidak akan putus, begitulah juga dengan hubungan bersaudara. Walau banyak kali berbalah sekalipun, pasti berbaik jua.



Dalam sesebuah hubungan kekeluargaan itu pasti ada pasang surutnya. Perbalahan antara sesama adik-beradik sudah menjadi norma dalam kehidupan berkeluarga. Kalau asyik baik je pun tak best juga kan?

Seperti perkongsian daripada seorang guru melalui media Twitter ini, beliau bertanyakan soalan kepada seorang pelajar perempuan tentang apa perkara yang dipelajarinya sepanjang pandemik ini. Jawapan pelajar tersebut boleh buat mata masuk habuk!

“Saya baru sedar yang abang saya sebenarnya sayang saya”- jawapan pelajar tersebut

Jawapan daripada pelajar itu betul-betul boleh buat banyak hati yang tersentak, dan dalam masa yang sama pasti ramai akan terfikirkan tentang adik-beradik masing-masing apabila membaca kisah ini.

Menurut pelajar itu, hubungan mereka adik-beradik sejak kecil seperti orang asing dan mereka banyak habiskan masa dengan hal sendiri. Mereka juga dikatakan pernah bergaduh sehingga bertumbuk.

Namun, apabila berlakunya pandemik ini dan pelajar terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), segalanya berubah. Kebanyakan keperluan belajar termasuk alat tulis, buku dan telefon pintar telah disediakan oleh abangnya.

Tetapi apabila ditanya, abangnya beri alasan ayah yang beli. Padahal sebaliknya ayah pelajar tersebut tidak pernah menyuruh abangnya itu membelikannya apa-apa pun.

“Ayah tak mampu belikan saya phone. Saya jumpa abg saya. Saya tanya dia, kenapa dia buat macam tu. Dia peluk saya, dia kata dia syg saya, tapi dia tak pandai nak tunjuk sayang tu. Abg saya baru 18 tahun. Dia sanggup kerja kumpul duit untuk saya. Sejak tu kami jadi rapat sangat”.- kata pelajar itu

Sebenarnya, ramai je di luar sana yang berkongsi pengalaman seperti pelajar ini. Kadang-kadang biasalah ego tu meninggi dalam diri, tapi jauh di sudut hati tu sayang dengan adik-beradik. 

Baca: [VIDEO] Buat Hal! Adik-Adik Merajuk Phone Kena Rampas, Sanggup Lari Rumah Pukul 5 Pagi

Baca Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.