in

“Apa kaitan wifi dengan kemerdekaan?”- Ini Rupanya Maksud Di Sebalik Tema & Logo Hari Kebangsaan 2022

F4 Logo Hm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, logo dan tema untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, 2022 telah pun diumumkan kepada orang ramai.

Namun, ramai yang dilihat kurang senang dan tidak begitu suka dengan logo yang dilancarkan oleh kerajaan itu berikutan ramai yang berpendapat rekaan logo tu tak cantik dan tiada kaitan dengan kemerdekaan negara.


Logo Hm 2

Namun, menurut Harian Metro, di sebalik logo dan tema tersebut, sebenarnya mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Difahamkan, jalur merah, kuning dan biru yang menyerupai simbol Wi-Fi itu adalah cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan kaum yang hidup harmoni di negara ini.

Logo Hm 4

Ini kerana konsep utama logo tersebut ialah jalur liputan internet yang melambangkan pembangungan sistem komunikasi dan infrastruktur pendigitalan yang makin maju di Malaysia.

Manakala titik merah di bahagian bawahnya pula adalah simbol  semangat patriotik dan jati diri yang menjadi teras pembentukan negara berwawasan.

Untuk faham dengan lebih lanjut, anda boleh baca infografik yang disediakan oleh Bernama ini.

Apa pula pendapat korang tentang logo Hari Kebangsaan kita pada tahun ini? Cantik ke idok? 

Sumber: Harian Metro, Bernama

Baca: Pasangan Tunggang Motor Kapcai Rentasi 23 Negara Sambil Kibar Jalur Gemilang

Logo Hm 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.