in

“Apa beza dia dengan budak 11 tahun tu? Kaya lawa semua nampak baik”

Niww

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Apa beza dia dengan budak 11 tahun tu? Kaya lawa semua nampak baik"
Loading
/

Ingat tak baru-baru ni kes seorang kanak-kanak berumur 11 tahun kahwin dengan pakcik berusia 41 tahun? Satu Malaysia geram dan bantah habis-habisan perkahwinan dorang sebab dianggap tak masuk akal.


Belum reda lagi kes tu, dah datang pulak kes baru. Apa lagi la…

Lain pulak dengan kes yang baru berlaku ni bila seorang budak 15 tahun seronok berkongsi berita yang dia bakal berkahwin dan turut upload video pre-weddingnya

Ramai pulak yang tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan gadis itu. Tak kurang jugak ramai gadis sunti lain yang cemburu kerana gadis itu bakal berkahwin pada usia yang muda.

Win
sumber: twitter

Bila dah jadi macam tu, ada netizen yang tak faham kenapa ramai yang mengucapkan tahniah sedangkan gadis itu masih bawah umur dan tak ada beza dengan kes kahwin budak 11 tahun sebelum ni. Kann??

Niw2
sumber: twitter

Sedang netizen Malaysia triggered dengan berita perkahwinan bawah umur ni. Si gadis tersebut tampil menjelaskan menerusi akaun Twitter yang dia sebenarnya hanya menjadi model untuk workshop seorang videographer yang bertemakan perkahwinan. Lahai buat gimik je rupanya…

Winnn 1
sumber: twitter

Dia mintak maaf dan menjelaskan yang video tu hanya menjadi gurauan dengan teman rapat dan keluarga. Tak sangka pula menjadi viral. Dia jugak berharap ramai berhenti menyalahkan videographer video tu sebab dorang profesional dalam melakukan kerja.

Videographer tu pun ada bagi statement menjelaskan yang dia memilih gadis tersebut sebagai model kerana memenuhi kriteria yang dicari.

Win13
sumber: twitter

Pun begitu, ramai netizen yang mengkritik model dan videographer tu sebab dorang macam menggalakkan perkahwinan bawah umur dengan memuat naik video tu. Ada jugak yg condemn gadis tu sebab beria-ia retweet dan komen seperti perkahwinan tu adalah betul dan bukan gimik je.

Winnnn
sumber: twitter

Tulah nak buat gimik pun janganlah buat main-main isu yang berat macam ni. Harap jadi peringatan

Baca: Lebih 6000 Perkahwinan Kanak-kanak Berlaku Di Malaysia!

Niw

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.