in

Antartika Berubah Wajah, Fenomena Aneh Salji Putih Bertukar Hijau!

Feat 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antartika dikenali sebagai kawasan yang cukup sejuk diliputi salji tebal yang membuatkan keseluruhan kawasan itu seputih salju.


Namun baru-baru ini ia berubah wajah apabila muncul satu fenomena aneh dimana sebahagian kawasan Semenanjung Antartika berubah kepada warna hijau.

Maksudnya salji yang putih bertukar kepada salji hijau.

1 16

Korang jangan fikir bukan-bukan sebab ia dikatakan berpunca daripada petumbuhan alga akibat peningkatan suhu global.

Laporan penyelidikan saintis United Kingdom menyatakan ia sebagai ‘permulaan ekosistem baharu’ yang berpotensi untuk mewujudkan sumber nutrisi kepada spesis lain.

Malah dalam Nature Communication Journal menjelaskan yang warna hijau itu boleh dilihat dari angkasa lepas di beberapa kawasan.

2 11

Ahli Biologi Universiti Cambridge dan British Antartic Survey juga telah habiskan masa selama 6 tahun menjalankan kajian keatas alga tersebut.

“Ia adalah komuniti yang berpotensi membentuk habitat baharu”– Ketua Penyelidik, Matt Davey Universiti Cambridge

Kumpulan penyelidik itu telah mengenalpasti 1,679 salji alga hijau berasingan yang meliputi kawasan seluas 1.9km persegi iaitu bersamaan 479 tan pelepasan karbon setahun.

Malah dia menyifatkan peta alga itu sebagai kitaran karbon yang hilang di Antartika.

Malah 2/3 alga juga ditemui di pulau kecil dan rendah di kawasan utara semenanjung Antartika yang berdepan suhu paling panas di dunia.

Namun keberadaannya kurang ketara di bahagian selatan yang lebih sejuk.

Sumber : Libur

 

Baca : Semua penduduk yang mati diganti dengan patung; Kisah Aneh Kampung Terpencil Di Nagoro, Jepun Ni Pasti Buat Korang Meremang

Aca

Sumber: libur
Sumber: libur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.