in

“Antara diagnosis paling kontroversi” – Penyakit DID Boleh Buatkan Individu ‘Bertukar’ Seratus Peratus

Untitled design 2022 06 24T123626.514

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dissociative Identity Disorder (DID) merupakan sebuah keadaan mental di mana pesakit akan mengalami gangguan identiti dan mempunyai dua atau lebih personaliti yang berasingan.

Identiti ini mengawal tingkah laku seseorang pada masa yang berbeza dan ia menyebabkan jurang dalam ingatan serta fizikal.


Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkaitan masalah DID ini apabila tular sebuah video seorang gadis yang mendakwa dirinya merupakan penghidap penyakit tersebut dan ramai yang mendakwa ia merupakan sekadar lakonan.

twtttt

Seperti tweet di atas, ramai yang mempersoalkan keadaan pesakit yang menghidap DID ini malah ramai juga yang tidak begitu familiar dengan keadaan mental tersebut.

Disebabkan itu, ia menjadi topik bualah hangat sehingga mendapat perhatian ahli psikologi yang aktif di Twitter, Aiman Psikologi.

Menurutnya, penghidap DID ini bukan sahaja boleh bertukar identiti malah mereka juga boleh ‘berubah’ sehingga ke tahap berbeza rabun mata, bahasa malah alergi pun boleh wujud dalam identiti yang berasingan.

apsklgi

Menurutnya lagi, DID ini merupakan diagnosis yang paling kontroversi kerana penghidapnya hanyalah 0.1% dalam populasi.

Selain itu, Aiman juga ada berkongsi video tentang penyakit ini, korang boleh tonton video tersebut di bawah.

 

Betul-betul ‘rare’ ya penyakit ni…

Baca: “Macam dalam movie” –  [VIDEO] Berpaut Belakang Lori Sebelum Terjun, Lelaki Dipercayai Pesakit Mental

Untitled design 2022 05 10T112717.986

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.