in

“Saya nak bawak kereta laju-laju…” – Ibu Kongsikan Pengalaman ‘Diserang’ Penyakit Meroyan

Meroyan

Post-partum depression atau meroyan merupakan sejenis penyakit mental yang biasanya dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin. Biasanya ia bermula dalam 3 bulan pertama selepas bersalin dan boleh berterusan jika tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Menurut Hello Doktor, dianggarkan lebih 15% wanita melahirkan anak berdepan kemurungan ini, yang bersamaan dengan 1 daripada 7 wanita.

Artikel berkaitan: Didakwa Meroyan, Wanita Nyaris Lempar Bayi Di Laluan Kereta Api

Artikel berkaitan: Muat Naik Video Anak Rindu Ayah, Sera Sedih Dituduh Meroyan & Tak Move On Dengan Shuk

Seorang ibu tampil berkongsi pengalamannya diserang penyakit mental itu melalui stesen radio Suria FM dan ianya sangat tidak terjangkau dek akal.

@suriamalaysia

Ibu adalah anugerah dariNya. Cekal & tabah walaupun kamu dianggap lemah. Tiada yang mampu memikul tanggungjawab & tugas yang kamu galas. Jangan pernah ikutkan emosi. Semoga sentiasa tenang jiwa, hati & akal. @surayaborhan @fadbocey #suriamalaysia #morningmorningsuria #fyp #segalanyahiburan

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

Wanita berkenaan berkongsi dia seakan ‘bukan dirinya’ dan disebabkan itu selepas kehamilannya 5 tahun lalu itu anaknya berada dalam bahaya serta sering menjadi ‘mangsa’.

Dalam perbualan itu, ibu berkenaan berkongsi dia pernah telangkupkan bayinya itu hanya kerana bayinya itu tidak berhenti menangis.

“Saya nampak tapi saya tak boleh kawal diri saya, memori berpantang saya memang takde.

Ada satu masa saya minta suami saya hantar ke rumah mak saya lepas tu anak saya nangis tapi saya buat bodoh je,” katanya.

Dia berkongsi penyakit meroyan itu semakin pulih selepas dia bersalin anak kedua namun ada satu ketika dia mempunyai intrusive thoughts di mana dia ingin menamatkan riwayatnya serta dua anaknya itu.

Bagaimanapun, wanita itu berkongsi dia sangat bersyukur kerana dapat menahan diri dan masih berfikir dengan rasional selain mengakui iman yang dimiliknya itu sangat membantunya mengharungi penyakit itu.

Sumebr: TikTok