in

Anggota Tentera Cabul Kanak-kanak 6 Tahun Dan Beri RM5 Kerana Menangis

Budak Dicabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes cabul kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai pedofilia kerap berlaku sekarang ini. Siapa sangka seseorang yang berpangkat tinggi tergamak melakukan perkara terkutuk terhadap seorang kanak-kanak yang tidak bersalah.


Seorang anggota tentera di Sungai Petani, Kedah dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan berserta satu sebatan bermula hari ini gara-gara mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, lapor Sinar Harian.

2516 Semasa Kes Cabul Kanak Kanak
Sumber: kitaikini

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman penjara dan sebatan kepada Mohd Shahrizal Abdul Halim, 35, di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah dan menyatakan bahawa hukuman tersebut setimpal dengan kesalahannya.

Shahrizal didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah antara jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang, antara 7 hingga 8 Ogos, 2012.

Mengikut keterangan yang diberikan, pada hari tersebut anggota tentera itu telah pergi melawat rumah saudaranya. Shahrizal kemudian memanggil anak kepada jiran saudaranya yang bermain di luar rumah untuk masuk ke dalam rumah.

Dia mempelawa kanak-kanak tersebut untuk makan sebelum mengajaknya masuk ke dalam bilik dan memulakan agenda jahatnya. 

Setelah mencabul, kanak-kanak perempuan itu menangis. Demi untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut, dia serta-merta menghulurkan RM 5 sebagai hadiah.

Lah Pelaku Pencabulan Itu Ternyata Dibebaskan
Sumber: procastel

Mengikut laporan perubatan, terdapat kesan lebam pada kemaluan mangsa akibat pencabulan tersebut.

Makin rancak kes cabul sekarang. Kepada ibu-bapa, sentiasa pantau gerak geri anak anda.

Baca: Guru Cabul dan Lakukan Onani Depan Murid Tahun 3 Selama Satu Jam di Tandas Guru

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.