in

“Anak saya sihat, tiada apa-apa pun” – Ibu Remaja Pengsan Dalam PPV Gesa Henti Spekulasi

Ft Ibu Minta Henti Sebak Maklumat Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian menjadi perhatian netizen semalam apabila ada video memperlihatkan seorang remaja longlai sejurus selepas menerima vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang.

Dikatakan remaja tersebut tidak cukup tidur dan tidak mengambil sarapan, ia mengakibatkan remaja tersebut longlai semasa ingin pulang biarpun sudah menunggu 15 minit selepas terima suntikan.


 

Henti sebar cerita bukan-bukan

Disebabkan penyebaran video itu, ibu kepada Muhammad Azim Hassan, 13 menzahirkan rasa kecewa kepada individu yang menyebarkan video itu.

Lebih hampa lagi, ada segelintir pihak yang membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap nasib anaknya sedangkan anaknya sihat dan tidak apa-apa.

Kata Ulfah Amat Idris, ada yang sampai mengatakan bahawa anaknya sudah meninggal dunia. Tambahnya kepada Harian Metro lagi, dakwaan yang mengatakan anaknya itu tidak mengambil sarapan pagi tidak benar sama sekali.

Ada yang mendakwa anak bongsu saya ini tidak bersarapan pagi sebelum menerima suntikan dan ada pula yang mendakwa anak saya hanya makan satu sudu saja pagi semalam, walhal sebelum pergi ke PPV, Muhammad Azim sudah bersarapan nasi lemak dua bungkus.”

Ulfah Amat Idris hari ini menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali di kediamannya dekat Kampung Bukit Duyong meminta orang ramai untuk hentikan menyebar cerita yang tidak benar mengenai anaknya.

Ibu Minta Henti Sebak Maklumat Palsu

Dalam kejadian itu, ibu kepada empat anak ini menjelaskan bahawa Muhammad Azim pengsan selepas menerima vaksin berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam adalah disebabkan terlalu takut. Selepas diperiksa doktor, keadaan kesihatannya baik namun jantungnya agak laju.

“Tolonglah jangan sebarkan cerita yang bukan-bukan, malah saya juga tidak tahu siapa yang merakamkan video berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan mengenai vaksin.

“Tiga lagi anak saya berusia antara 17 hingga 21 tahun semua sihat selepas terima vaksin, cuma anak bongsu (Muhammad Azim) semalam sebelum vaksin dia cakap terlalu takut, tapi saya dan keluarga tetap memberinya semangat supaya tidak takut.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak, termasuk pasukan keselamatan dan kesihatan yang membantu dalam kejadian semalam.”

 

Baca : Viral Video Pelajar Longlai Lepas Terima Vaksin, Rupanya Sebab Tak Sarapan & Tidur Lewat

Ibu Minta Henti Sebak Maklumat Palsu 3

 

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.