in

“Anak makcik dah balik” – [VIDEO] Sedih! Wanita 70-an Ditinggal Anak, Urus Proses Vaksinisasi Sendiri

Fi Makcik Dtg Ppv Sorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa bulan yang lalu, proses vaksinasi makin dipergiatkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Selepas para barisan hadapan, golongan warga emas pula makin diutamakan untuk menerima suntikan vaksin tersebut.



Walau bagaimanapun, sering juga kita dengari kisah atau luahan hati golongan berusia tersebut yang dikongsikan oleh petugas-petugas dan sukarelawan di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

 

‘Makcik’ urus proses vaksinasi sendiri

Selepas beberapa kisah yang tular sebelum ini, timbul lagi sebuah kisah yang menceritakan nasib seorang wanita warga emas yang terpaksa urus proses terima vaksinnya sendiri.

Kisah ini dikongsikan seorang gadis berusia 20 tahun dikenali sebagai Alin di akaun TikToknya. Menerusi video yang dimuat naik, Alin yang bertugas sebagai sukarelawan di sebuah PPV sedang melayan patient yang bakal menerima vaksin.

Makcik Dtg Ppv Sorang 1

Setibanya seorang wanita ini, Alin bersembang dengan wanita berkenaan dan bertanya dia datang dengan siapa. Tetapi wanita tersebut mengatakan dia datang seorang diri dan rupanya anak dia terus pulang lepas menghantar ibunya itu. Alahai kesian makcik ni.

Namun apa yang menyedihkan, wanita berusia lingkungan 70-an ini masih belum sarapan walhal ketika dia datang jam dah menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Selain itu juga makcik tersebut difahamkan tak reti membaca dan menulis menurut Alin, tapi mujur doktor yang bertugas membantu menerangkan dan bimbing makcik berkenaan sepanjang proses vaksinasi dilakukan.

Disamping itu juga, Alin turut memberikan sedikit makanan sebagai alas perut untuk dijamu oleh makcik itu sebelum dia menerima suntikan vaksin.

Perkongsian momen menyentuh hati ini mula menjadi perhatian ramai, dan sehingga kini posting tersebut telah meraih lebih dari 140k tontonan.

@alntxh

the saddest part when you join volunteer. #fypシ

♬ Lagu Cinta – Asmara

 

“guys.. tolong teman ur parents amik vaksin”

Di ruangan komen, nyata netizen berasa kasihan dengan selepas mendengar luahan daripada makcik tersebut. Di samping itu, ada juga yang persoalkan tindakan anaknya itu dan ada juga yang mengingatkan supaya teman ibu bapa yang dah berusia untuk proses mengambil vaksin ini.

Reak Makcik Dtg Ppv 1 Edit 1 Reak Makcik Dtg Ppv 2 Edit Reak Makcik Dtg Ppv 3 Edit

Sedih dengar luahan makcik tu. Min respect betul dekat petugas-petugas yang banyak bantu mudahkan urusan pemberian vaksin ni.

 

Baca : [VIDEO] Petugas Kongsi Kisah Warga Emas ‘Diabai’ Anak Sebab Khusyuk Main ‘Game’, Terpaksa ke PPV Sendiri

Foot Makcik Dtg Ppv Sorang

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.