in

Anak Hidap Tumor Otak, Bapa Sanggup Berkhemah Di ‘Parking Lot’ Hospital Demi Teman Anak

Bapa Berkhemah Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengorbanan seorang bapa tiada galang gantinya, itulah yang sesuai digambarkan apabila seorang bapa sanggup berkhemah di tempat letak kereta hospital untuk menemani anaknya yang menghidap tumor otak.

Menurut laporan Kosmo!, bapa itu melakukan sebegitu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak kerana tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal.


Gambar kereta yang ‘dipacakkan’  khemah itu tular di Facebook dan lelaki berkenaan tampil membuat penjelasan dengan menggunakan akaun Ryu Watanabe Miyuka.

https://www.facebook.com/viralperak.official/posts/pfbid0k1zAxaq8Hn5Q1if9HZsAqXxi3wyG95xLauvcSEsuTaE4cqx6ciTqwgGoxnoKyKZ4l

Menurutnya, anaknya itu berusia tujuh tahun dan sedang didiagnosis dengan ketumbuhan di kepala, anaknya itu sekarang berada di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak di hospital tersebut.

“Saya tuan gambar yang tular itu, saya bukan sengaja nak tular. Saya duduk di Sungkai, jadi nak berulang-alik sudah makan kos. Nak sewa bilik pula harga RM80 ke RM90 semalam.

Saya tidak ada pilihan lain selain tidur dalam kereta untuk dapatkan apa-apa keputusan doktor dengan cepat. Selain itu, saya juga nak jimatkan kos perbelanjaan saya dan ingin selalu dekat dengan isteri serta anak,” katanya.

Selain itu, bapa tersebut turut meminta netizen untuk mendoakan kesejahteraan dan meminta segalanya dipermudahkan.

Itulah pengorbanan seorang bapa…

Baca: “Nanti jumpa dia di syurga” – Seminggu Berlalu, Bapa Anak Dibaham Buaya Redha Dengan Pemergian

Bapa Anak Dibaham Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.