in

Anak Dilanggar Ketika Melintas, Bapa Nekad Tumb*k Pemandu Wanita

8tumbuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita telah ditumbuk dua kali oleh seorang lelaki selepas secara tidak sengaja melanggar anaknya yang sedang melintas jalan di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, semalam.

Screenshot 2025 03 30 at 1.19.24 PM

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu dirakam dan tular di TikTok, memaparkan lelaki berkenaan menyerang mangsa yang masih berada di dalam kereta. Insiden bermula apabila wanita yang memandu Perodua Axia itu tidak menyedari kehadiran kanak-kanak tersebut kerana penglihatannya terhalang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapannya.


Menurut adik mangsa, kakaknya memandu perlahan sekitar 20 hingga 30 km/j ketika keluar dari simpang bazar. Lelaki berkenaan berada di belakang, manakala isteri dan anak-anaknya sudah melintas terlebih dahulu. Pelanggaran itu dikatakan berlaku dalam keadaan perlahan, namun belum sempat wanita terbabit keluar dari kenderaannya, dia terus diserang.

Screenshot 2025 03 30 at 1.19.18 PM

Lelaki itu dikatakan bertindak kasar dengan merosakkan pintu kereta sebelum menumbuk kepala mangsa. Walaupun wanita itu sudah meminta maaf, dia tetap dipukul sekali lagi, malah turut mendakwa dirinya ditendang di bahagian perut.

Mangsa telah membuat laporan polis sejurus kejadian, dan pihak berkuasa dijangka menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden tersebut.

 

Baca: Wanita Di Melaka Ditahan Polis Kerana Serang Pengunjung, Bukan Culik Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.